Anda sudah pasti pernah menghadapi situasi di mana mahu mengambil maklumat daripada sesebuah gambar lalu disimpan atau mahu dihantar kepada  seseorang. Ditambah pula teks yang dipaparkan sangatlah panjang untuk disalin. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara salin teks dalam gambar di Android dan iOS.

Sebenarnya, anda boleh menyalin teks melalui kamera sahaja lalu boleh ditampal pada mana-mana nota atau mesej. Menerusi iPhone, ciri ini boleh digunakan menerusi Live Text. Sementara di Android pula, anda boleh gunakan ciri Google Lens. Mari kita pelajari tutorial salin teks dalam gambar bagi kedua-dua platform yang sering digunakan umum.

Cara salin teks dalam gambar di iOS

1. Buka kamera iPhone anda dan halakan kamera pada teks yang ingin disalin.

2. Anda boleh tahu ciri Live Text telah diaktifkan apabila terdapat garisan kuning di sekeliling teks.

3. Tekan ikon Live Text di bahagian bawah kanan.

4. Pilih teks yang ingin disalin kemudian tekan Copy.

5. Akhir sekali, anda boleh tampal teks tersebut di platform yang anda mahukan.

cara salin teks gambar
Sumber Gambar: iOS

Cara salin teks dalam gambar di Android

1. Buka aplikasi Google Photos pada telefon anda dan pilih gambar yang mahu disalin teksnya.

2. Kemudian, tekan pilihan Lens yang tersedia di bahagian bawah.

3. Setelah ia mengesan teks di dalam gambar, maka anda boleh tekan ayat yang anda ingin salin dan pilih Copy Text pada bahagian bawah.

4. Selepas itu, anda boleh menampalnya di mana aplikasi mesej atau nota yang digunakan.

cara salin teks gambar
Sumber Gambar: Android

Seperti yang anda lihat di atas, terdapat perbezaan di antara kedua-dua ciri ini yang mana Live Text boleh digunakan dalam masa nyata tanpa perlu menyimpan gambar manakala Google Lens memerlukan anda untuk menyimpan gambar terlebih dahulu. Untuk makluman, fungsi Live Text hanya tersedia pada kemas kini iOS 15 sahaja.

Dengan mengikuti tutorial di atas, sudah pasti ia dapat memudahkan urusan seharian anda untuk menyalin dan menampal sesuatu teks selepas ini. Cara ini sememangnya mudah untuk difahami serta menjimatkan masa.

Selain itu, tahukah anda dengan menggunakan kamera iPhone juga boleh mengukur degupan jantung? Boleh klik pada pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Semudah Guna Aplikasi Google Fit, Ini Caranya Ukur Degupan Jantung Menerusi Kamera iPhone

Panggilan Masih Jelas Walau Tiada Liputan, Ini Caranya Aktifkan Fungsi WiFi Calling Pada Android Dan iOS