Mulai melancarkan model pertama daripada AirPods pada tahun 2016, jenama ini nampaknya semakin serius dalam melebarkan sayap mereka dengan menawarkan pelbagai lagi model bagi memenuhi kehendak pengguna.

Bermula dengan model mampu milik, model ini nampaknya sudah mulai melangkah kepada model segmen premium menerusi model AirPods Max yang turut hadir dengan harga yang tinggi. Model ini dilihat sebagai model terbaik daripada siri AirPods menerusi kualiti dan kemasan yang ditawarkan.

Berbeza dengan model AirPods dan AirPods Pro, AirPods Max merupakan sebuah fon kepala sekaligus menjadikan fon kepala pertama daripada syarikat ini. Sekali pandang, mungkin kelihatan AirPods Max tidak jauh berbeza dengan model headphone yang lain namun berdasarkan teknologi yang ditawarkan jelas model ini serius mahu mencabar jenama-jenama popular pilihan audiophile.

Rekaan

photo6199604375324830695

Dari segi rekaan,  Apple AirPods Max hadir dengan kemasan logam aluminium pada bahagian luar serta dan dihubungkan dengan sebuah band berjaring. Model ini dilihat kukuh serta selesa untuk digunakan dalam tempoh yang panjang.

Rekaan moden klasik yang ditawarkan sekaligus membezakan AirPods Max berbanding sejumlah besar fon kepala di pasaran kini yang ditawarkan dengan kemasan plastik berwarna hitam.

photo6199604375324830694

Menariknya, Apple turut menyertakan magnet pada pad telinga AirPods Max di mana pad telinga ini boleh dibuka dan dibasuh serta dipakaikan semula bagi menjaga kebersihan. Selain itu, para pengguna boleh mendapatkan pad telinga secara asing dengan harga RM349.

Sebuah lagi perkara yang menjadi topik hangat dan menjadi perbincangan ramai mengenai AirPods Max adalah tempat penyimpanan model ini yang dilihat moden, penuh dengan nilai fesyen namun kurang praktikal.

photo6199604375324830697

Rekaan yang ditawarkan mungkin lebih mudah mendapat perhatian ramai namun untuk simpanan di dalam beg mungkin memerlukan ruang yang luas serta bebas daripada barangan lain agar tidak memberi kesan kepada AirPods Max.

Kami berpendapat pengguna model AirPods Max perlu lebih hati-hati semasa menyimpan AirPods Max atau memegang sahaja model ini sewaktu tidak menggunakannya. Sebuah lagi pilihan yang tersedia adalah mendapatkan beg simpanan AirPods Max menerusi pihak ketiga.

Pengalaman penggunaan

photo6199604375324830699

Sejak kali pertama kami menyarungkan AirPods Max, kami dapati model ini ternyata selesa untuk dipakai pada tempoh yang panjang. Penggunaan pad telinga daripada bahagian seakan mesh membuatkan bahagian telinga tidak panas dan berpeluh seperti model-model headphone yang lain.

Para pengguna berpeluang menikmati penggunaan Apple AirPods Max untuk satu pengecasan penuh bagi tempoh 20 jam dengan mod active noise cancelling diaktifkan. Sebagai perbandingan, para pengguna hanya perlu mengecas hanya lima minit untuk menggunakan model ini bagi tempoh sejam setengah.

Mengulas dari segi kualiti audio, boleh kami katakan Apple berjaya menawarkan model dengan kualiti audio yang hampir sempurna khususnya buat pengguna ramai.

GqKQvT5DCY9vRp3w9PJ9Sb
Spatial Audio

Sekiranya anda seorang audiophile atau sudah terbiasa dengan headphone yang lebih premium, berkemungkinan akan dapati kekurangan dari segi kualiti audio AirPods Max.

Walau bagaimanapun, buat pengguna kebanyakan, penawaran kualiti audio yang mampu mengeluarkan bunyi yang punchy serta bass yang mantap dan ditambah pula dengan teknologi noise cancelling.

Jika terdapat suatu perkara yang kami sangat suka dengan model ini, sudah pastinya teknologi noise cancelling yang ditawarkan di mana AirPods Max sangat cekap membatalkan bunyi luar dengan baik.

Kesimpulan

photo6199604375324830698

AirPods Max berjaya memenuhi sejumlah besar keperluan kebanyakan pengguna merangkumi kualiti audio yang mantap, rekaan yang menarik, teknologi noise cancelling dan spatial audio.

Meskipun AirPods Max bukanlah penawar audio terbaik di pasaran menandingi beberapa jenama pilihan segelintir audiophile seperti Sony dan Bose, kami yakin model ini masih lagi mampu mencapai jualan yang tertinggi menerusi status dan nilai yang ditawarkan.

Pada harga premium iaitu RM2,399 untuk sebuah fon telingan mungkin AirPods Max dianggap overprice bagi sesetengah pihak, namun melihatkan aspek fesyen serta status yang ditawarkan, AirPods Max pastinya menjadi rebutan buat peminat Apple.

Ketahui juga 6 model baharu Apple yang bakal dilancarkan jenama ini sempena tahun 2021 dengan klik pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/6-model-baharu-apple-yang-bakal-dilancarkan-sempena-2021/

https://www.thevocket.com/selepas-ipad-air-apple-dijangka-bakal-perkenalkan-imac-dengan-lima-pilihan-warna/