Produk Apple adalah antara produk yang sering hadir dengan versi tiruan serta ditawarkan secara meluas dalam pasaran. Malah, rekaan AirPods Pro tiruan sekali pandang terlihat seakan model asli. Kini terdapat beberapa kes penjualan AirPods Pro tiruan yang dikesan menerusi pelbagai platform.

Baru-baru ini, seorang ahli kumpulan Apple User Group Malaysia iaitu Jio Hyho telah berkongsi mengenai pengalaman beliau membeli AirPods Pro tiruan daripada seorang penjual di Carousell. Difahamkan AirPods Pro berkenaan kelihatan seperti yang asli serta turut hadir dengan resit rasmi bersama nombor siri.

Sumber Gambar: Facebook Apple User Group Malaysia

Kisahnya bermulanya apabila beliau menjumpai sebuah iklan AirPods Pro berharga RM600 yang disenaraikan melalui laman Carousell. Apabila disemak akan nombor siri yang dipaparkan, ia mempunyai tarikh pembelian yang sah dan masih di dalam waranti. Beliau juga turut meminta gambar resit rasmi daripada penjual dan didapati nombor siri yang sama padanya.

Untuk menambahkan lagi kepastian, beliau turut bertanyakan tentang kesahihan resit tersebut kepada Machines dan disahkan ia memang resit yang biasa dikeluarkan oleh mereka. Lalu, beliau meneruskan perancangan pembelian bersama penjual tersebut dengan meminta bersemuka bagi melihat secara terperinci AirPods Pro yang dijual.

airpods pro tiruan
Sumber Gambar: Facebook Apple User Group Malaysia

Sewaktu hari berurusan bersemuka, beliau telah meneliti secara terperinci untuk melihat keasliannya termasuklah nombor siri pada kes dan juga maklumat tetapan fon telinga AirPods Pro itu dan didapati sama. Beliau juga mencuba ciri noise cancellation yang didapati berfungsi seperti biasa.

Selepas selesai pembelian, beliau sangat terkejut fon telinga yang dibelinya sudah tidak boleh berfungsi pada bahagian kanan walaupun baru sahaja dipakai selama dua jam sahaja. Apabila menghubungi semula ke pihak penjual untuk menuntut refund, dia hanya menyuruh beliau pergi merujuk ke service center bagi mendapatkan bantuan mengenainya.

airpods pro tiruan
Sumber Gambar: Facebook Apple User Group Malaysia

Beliau kemudiannya telah mendapatkan khidmat bantuan pihak AppleCare dengan menempah slot semakan berkaitan AirPods Pro berkenaan di Switch bagi langkah seterusnya. Apabila tiba ke kedai rasmi tersebut, mereka telah mengesahkan bahawa AirPods Pro itu adalah tiruan kerana tiada data di dalam sistem rasmi mereka.

Lebih mengejutkan, mereka juga bingung bagaimana AirPods Pro ini boleh datang dengan nombor siri serta resit seperti asli. Lanjutan daripada itu, beliau sekali lagi menghubungi semula si penjual untuk membawa penyata bank ke kedai untuk membuktikan kesahihan pembelian namun didapati penjual berkenaan sudah tidak lagi berminat untuk bertanggungjawab atas penjualan AirPods Pro tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Apple User Malaysia Group

Beliau juga telah menghubungi sekali lagi kepada pihak Machines dan seperti yang dijangkakan ia sememangnya tiruan berdasarkan rekod pada kedai berkenaan. Ketiadaan sebarang invois resit tersebut di dalam sistem yang mana sekaligus membuktikan fon telinga yang dibeli adalah tiruan.

Perkara ini sememangnya bukanlah suatu yang kita mahukan ia berlaku lebih-lebih lagi melibatkan jumlah wang yang besar. Anda disarankan untuk membuat pembelian sebarang barangan secara terus di kedai rasmi atau secara dalam talian di laman rasmi syarikat pengeluar produk tersebut itu sahaja.

Selain produk Apple, terdapat kes lain yang melibatkan penjualan mouse tiruan yang laris dijual menerusi Shopee dengan mengklaim sebagai original.

Dakwa Sebagai Original, Lelaki Ini Dedahkan ‘Scam’ Mouse Tiruan Yang Laris Terjual Di Shopee

Terjual Hampir 16,000 Unit, Lelaki Ini Dedahkan Tentang ‘Scam’ Penjualan Kad Memori Tiruan

Sumber