Lama dinantikan pengguna, akhirnya Apple pada kali ini telah melancarkan model terbaru AirPods Pro. Model pada kali ini turut dilabel sebagai model terbaik AirPods pernah dilancarkan Apple.

Menerusi model terbaru ini, Apple telah menggunakan cip Apple H2 dalam menawarkan kualiti audio yang lebih baik buat para pengguna. Bukan itu sahaja, pihak Apple turut memaklumkan fungsi ANC pada AirPods Pro turut dipertingkatkan sehingga dua kali ganda.

Menariknya pada kali ini, para pengguna berpeluang mengecas Apple AirPods Pro menggunakan pengecas Apple Watch secara wireless. Mengulas mengenai ketahanan bateri, model terbaru ini berjaya menawarkan tempoh pendengaran audio sehingga 30 jam buat para pengguna.

Dari segi harga, Apple AirPods Pro sedia ditawarkan pada harga RM1,099. Sebuah harga berbaloi khususnya buat anda yang mahukan sebuah earphone wireless beserta fungsi dan kualiti yang premium.