Mulai melancarkan model Apple AirPods pertama pada tahun 2016 diikuti dengan model Apple AirPods Pro pada tahun 2019, earphone wireless ini nampaknya semakin menjadi pilihan orang ramai. Tidak kurang jenama yang turut meniru rekaan yang mulai dilihat janggal pada awalnya.

Menerusi laporan terbaharu daripada Ming-Chi Kuo selaku penganalisa produk keluaran Apple, beliau memaklumkan Apple dijangka bakal mengeluarkan model terbaru daripada siri AirPods iaitu Apple AirPods Pro 2 seawal tahun 2022.

Tambahnya lagi, pengeluaran Apple AirPods Pro 2 membuatkan Apple optimis untuk mengeluarkan sebanyak 100 juta unit AirPods berbanding jangkaan penjualan AirPods sebelum ini sebanyak 70-75 juta unit.

airpods pro 2

Berdasarkan ura-ura gambar yang tular, dapat dilihat model terbaharu ini hadir dengan rekaan yang lebih pendek berbanding model sebelum ini manakala penggunaan in-ear masih lagi dikekalkan. Bekas pengecasan baharu serta sokongan Spatial Audio antara yang dijanjikan bakal ditawarkan.

Melihat kepada trend semasa Apple, mungkin Apple AirPods 2 bakal ditawarkan dengan beberapa warna berbeza. Sama-sama kita nanatikan pelancaran rasmi model terbaru AirPods Pro ini yang bakal dilancarkan pada 2022.

Ketahui juga cara untuk mengaktifkan Dolby Atmos pada Apple Music iPhone anda dengan klik pautan di bawah.

Cara Untuk Aktifkan Dolby Atmos Pada Apple Music iPhone Anda

Apple AirPods Max, ‘Headphone’ Premium Penuh Gaya Dengan Harga RM2,399