Seperti kita sedia maklum, Apple sedia menawarkan sejumlah diskaun bagi setiap pembelian produknya melalui program Apple Education. Maka, ramai orang boleh berjimat sementara dapat menikmati penggunaan produk yang dibeli bagi urusan seharian.

Pada kali ini, Apple Malaysia telah mengumumkan bahawa setiap pelajar yang membeli komputer Mac ataupun iPad terpilih akan menerima sebuah AirPods secara percuma sahaja. Tawaran ini sudah dibuka pada hari ini sehinggalah 7 Mac kelak buat pelajar universiti, pekerja kolej dan guru.

Sumber Gambar: Apple
Sumber Gambar: Apple

Promosi ini merupakan penambahan kepada diskaun yang sedia ditawarkan kepada pelajar menerusi Apple Edu Store. Untuk menikmati diskaun pelajar dan juga mendapatkan promosi AirPods percuma ini, anda hanya perlu membuat pengesahan terlebih dahulu melalui UNiDAYS.

Sumber Gambar: Apple

Selain itu, anda juga bakal menerima potongan sebanyak 20% untuk pelan AppleCare bagi pembeli yang layak. Anda boleh lawati laman Apple Education untuk melihat senarai model Mac dan iPad terpilih yang menyertakan AirPods percuma bersamanya.Perlu diingatkan juga untuk membuat semakan terma dan syarat terlebih dahulu untuk promosi ini.

Jika anda sedang mencari iPad bagi tujuan suntingan video, boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui model-model iPad tersebut.

Pantas Dan Produktif, Ini 3 iPad Yang Berbaloi Didapatkan Bagi Tujuan Suntingan Video

5 Tablet Berkualiti Dan Berbaloi Di Bawah RM1,500 Untuk Kegunaan Tugasan Harian

Sumber