iPad merupakan salah satu pilihan tablet utama yang digunakan buat golongan kreatif dalam menyunting sesebuah konten. Dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup tinggi membuatkan ramai orang mencari iPad untuk suntingan video yang berpatutan didapatkan pada ketika ini.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @putraz99, beliau telah menyenaraikan tiga iPad yang berbaloi untuk digunakan bagi membuat suntingan video dengan mudah. Kesemua iPad yang dicadangkan juga boleh memproses suntingan yang berat serta penggunaan jangka masa panjang. Berikut merupakan tiga cadangan iPad untuk suntingan video.

1. iPad Pro 11 (2020)

Sumber Gambar: Techvisibility

Bila bercakap mengenai tablet terbaik, iPad sememangnya telah terbukti menjadi pilihan yang berbaloi buat mereka yang berkerja di dalam dunia kreatif terutamanya model versi Pro. Hal ini kerana penggunaan cip berkuasa tinggi yang lebih banyak teras serta pilihan storan yang besar untuk menyimpan pelbagai konten menerusinya.

Model iPad Pro 2020 ini juga mempunyai konfigurasi memori yang besar di mana sekaligus membolehkan pelbagai aplikasi boleh dipasang secara serentak pada satu-satu masa. Ini pasti boleh meningkatkan produktiviti seseorang yang mahu melakukan pelbagai perkara selain daripada suntingan semata-mata.

Malah, anda juga boleh menikmati pemindahan fail sepantas 40GB/S menerusi sambungan port jenis USB-C pada versi Pro ini. Dalam masa yang sama, anda juga boleh sambungkan aksesori luaran tambahan seperti monitor atau external hard disk untuk meningkatkan lagi pengalaman suntingan yang lebih baik.

2. iPad Air (2020)

ipad untuk suntingan video
Sumber Gambar: Lifewire

iPad Air pula tidak kurang hebatnya kerana ia mampu melakukan pelbagai tugasan dengan lancar, bateri yang bertahan sangat lama berserta paparan skrin yang cukup menawan. Antara muka yang menarik dengan penggunaan widget kemas pada ruangan khas di skrin berserta saiz ikon yang boleh diubah boleh memudahkan anda menyusun aplikasi serta fail dengan mudah.

Menariknya, tablet iPad Air ini mampu menyunting video yang bersaiz 4K, melakar lukisan 3D dengan lancar kerana dilengkapi cip A14 Bionic dengan Neural Engine. Cip ini cukup pintar dan berkuasa untuk memastikan prestasi tablet berada di tahap yang optimum serta lebih efisien dalam menampung pelbagai aplikasi menerusinya.

Sokongan stilus juga boleh menawarkan pengalaman kerja-kerja kreatif yang lebih menarik melaluinya. Pembesar suara stereo yang terdapat padanya juga boleh memudahkan anda melakukan sebarang suntingan audio pada video dengan lebih mudah kerana kualitinya yang memuaskan serta sudah cukup kuat didengari.

3. iPad mini (2021)

ipad untuk suntingan video
Sumber Gambar: Tekno Signal

Seperti yang kita sedia maklum, iPad mini 2021 sudahpun ditawarkan secara rasmi kepada umum dengan pelbagai kemas kini yang menarik menerusinya. Tablet Apple terbaharu ini dijana dengan cip pemprosesan A15 Bionic yang lebih berkuasa daripada cip-cip lain di pasaran.

Selain itu, tablet ini juga menyokong Apple Pencil generasi kedua yang boleh digunakan sewaktu proses suntingan konten serta mencatat idea-idea dengan mudah apabila di dalam sesi brainstorming. Penggunaan port sambungan jenis USB-C padanya boleh memudahkan pemindahan fail ke pelbagai peranti.

Skrin yang berasaskan Liquid Retina IPS LCD turut boleh memaparkan setiap visual dengan warna yang cukup vibran serta lebih tepat di mana dapat meningkatkan kebolehan suntingan video seperti profesional menerusinya. Setakat ini, iPad mini generasi baharu ini merupakan tablet mini yang paling terbaik pada tahun 2021.

@putraz99

Answer @engku_muqries iPad apa yang sesuai untuk editing. #TikTokGuru #TahukahAnda #Photography #Putraguru #MakeItHappen

♬ original sound – Putra – PutraZ

Kesemua iPad yang dicadangkan ini boleh melancarkan kerja anda untuk membuat suntingan video atau membuat sebarang kerja kreatif oleh kerana spesifikasi yang tinggi serta ekosistem yang mesra pengguna. Anda dengan mudah boleh memindahkan fail menerusi sambungan port USB-C daripada kamera ataupun menggunakan ciri AirDrop.

Selain tablet, laptop gaming berkuasa tinggi juga boleh didapatkan bagi menjalankan tugasan berat sama ada bagi kegunaan kreatif dan sebagainya.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

Perbezaan Antara Laptop Jenis Notebook, Ultrabook, MacBook, Chromebook Dan 2-in-1