Salah satu pekerjaan yang sangat digemari ramai pada hari ini adalah pencipta konten atau influencer. Hal ini kerana perkejaan ini dilihat lebih fleksibel dan berpeluang meraih pendapatan lumayan Namun, ia bukanlah sesuatu kerja mudah seperti yang disangka kerana anda perlu mendapatkan ‘job’ daripada klien.

Tambah pula, anda baru sahaja menjejaki industri ini sekaligus perlu bersaing dengan nama yang lebih besar sekaligus menyukarkan lagi potensi mendapatkan klien. Selain itu, terdapat pelbagai aspek lain yang wajib dilihat seperti sebuah portfolio yang baik, proses pembayaran yang lancar dan banyak lagi.

yezza for creators
Sumber Gambar: AplikasiYezza Creators

Jadi, apa kata kita kenali sebuah aplikasi serba boleh iaitu Yezza for Creators. Aplikasi ini sememangnya menfokuskan untuk memudahkan pelbagai urusan bisnes daripada mendapatkan klien sehinggalah menyediakan invois secara automatik bagi setiap pembayaran. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan App Store secara percuma.

Apa yang menarik mengenai aplikasi ini adalah antara muka yang sangat interaktif dan mesra pengguna. Malah, anda boleh mencipta sebuah profil yang profesional dengan hanya kurang daripada lima minit sahaja. Bukan itu sahaja, profil anda juga boleh dimuatkan pelbagai informasi penting sekaligus boleh dijadikan portfolio.

Sumber Gambar: Aplikasi Yezza for Creators

Informasi yang boleh dimasukkan seperti jumlah follower di pelbagai platform media sosial yang dimiliki berserta kadar harga bagi setiap posting yang dibuat. Setelah itu, anda boleh kongsikan pautan profil yang dikenali sebagai rate card  tersebut.

Semudah klik pautan tersebut, klien yang berminat boleh melihat profil anda dan mendapatkan servis yang ditawarkan secara terus. Selepas itu, anda boleh pilih sama ada menerima atau menolak tempahan servis yang dibuat dan ia akan mengemas kini tugasan yang diterima secara automatik ke bahagian kalendar di aplikasi tersebut.

Sumber Gambar: Aplikasi Yezza for Creators

Anda juga tidak perlu risau mengenai invois atau resit kerana ia akan dihasilkan secara automatik sebaik pembayaran sudah dilakukan. Selain itu, platform ini juga menyokong pelbagai jenis pembayaran seperti kad kredit, kad debit, eWallet dan juga FPX daripada pelbagai bank terkemuka yang pasti memudahkan lagi proses pembayaran setiap projek.

Paling penting sekali, anda boleh membuat penjejakan pendapatan bulanan dan tahunan dengan mudah. Menariknya, setiap klien juga boleh dijejaki jadi lebih mudah untuk berurusan bersama dalam jangka masa panjang. Malah, terdapat notifikasi yang dipaparkan apabila setiap kali mendapat pembayaran.

Difahamkan lebih banyak ciri menarik yang bakal ditawarkan pada masa kelak seperti menjual e-book, merunding harga servis dan penetapan kadar harga mengikut data. Jadi tidak hairanlah jika ramai yezza for creators dan influencer sudah mulai menggunakan aplikasi Yezza for Creators ini.

Selain itu, anda perlu ketahui enam laman web untuk satukan pautan di bio media sosial anda dengan mudah bagi tujuan bisnes.

6 Laman Web Untuk Satukan Pautan Di Bio Media Sosial Anda Dengan Mudah

6 Platform Buat Website Sendiri Secara Percuma Menggunakan Telefon Pintar Sahaja