Tidak dinafikan pada hari ini TikTok muncul sebagai aplikasi media sosial terkemuka dengan jumlah pengguna yang besar di seluruh dunia Pelbagai ciri menarik yang dibawakan turut menjadi ikutan platform media sosial lain.

Instagram yang mana turut mahu mencuba ciri seumpamanya iaitu paparan penuh pada halaman tab utama seperti yang terdapat pada TikTok. Dengan harapan mahu menarik lebih ramai pengguna baharu, perkara ini bagaimanapun telah dikritik teruk oleh pengguna platform tersebut yang mana tidak menyukai implementasi ciri baharu itu.

Sumber Gambar: Press24.net

Hal ini kerana Instagram dilihat mahu mencuba ciri seumpama TikTok yang mana bukan sesuatu yang diminati oleh pengguna dalam masa yang sama kelihatan tidak mempunyai identiti sendiri lagi. Di samping itu, sebahagian pencipta konten turut meluahkan ketidak puasan hati terhadap perubahan algoritma Instagram dengan ciri baru ini akan menyusahkan mereka.

Oleh itu, Instagram kini membatalkan perancangan pengenalan ciri seumpama TikTok buat sementara waktu. Malah, data pihak Instagram sendiri mendapati pengguna kurang menyukai rekaan skrin penuh seperti TikTok pada platform mereka. Terdapat kemungkinan pihak Instagram akan membawa ciri baharu lain untuk tampil relevan.

Selain itu, Facebook kini dilaporkan mengalami penyusutan pendapatan buat pertama kalinya.

Facebook Dilaporkan Alami Penyusutan Pendapatan Buat Pertama Kalinya

Ekoran Perniagaan Terjejas, Syarikat Bernama Meta Saman Meta Atas Pelanggaran Cap Dagangan