Meta hari ini telah pun berkongsikan laporan suku tahun kedua untuk tahun 2022 dan ia menunjukkan prestasi yang tidak bagus pada kali ini. Perkara yang mengejutkan ramai apabila Facebook melaporkan penyusutan pendapatan buat pertama kalinya.
Facebook merupakan sumber utama kepada penjana pendapatan terbesar di bawah keluarga Meta. Bagaiamanapun, Facebook memperlihatkan penyusutan sebanyak 1% pada suku tahunan lepas.
Dalam masa yang sama, Meta turut menyasarkan penyusutan pendapatan lebih besar pada suku ketiga tahun 2022 ini. Perkembangan ekonomi dunia yang perlahan telah membuatkan banyak pihak menggurangkan pengiklanan pada Facebook dan mencari alternatif lain. Perkara ini sememangnya menjejaskan pendapatan pihak Meta secara tidak langsung.
Ditambah pula dengan pesaing sengit dalam industri seperti TikTok yang turut hadir dengan ciri pengiklanan untuk menjana pendapatan tersendiri. Malah, TikTok juga dilihat sebagai pilihan utama oleh para pemilik bisnes di luar sana untuk mengiklankan produk mereka kerana kos yang lebih murah.
Walaupun pendapatan berkurangan, Facebook kini berjaya memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna aktif di platformnya. Paling terbaru dilaporkan Facebook mempunyai jumlah pengguna harian mencapai 1.97 bilion pengguna di seluruh negara.
Antara berita hangat yang dilaporkan ketika ini adalah syarikat-syarikat teknologi didakwa membeli emas dari lombong haram di Brazil.
Apple,Google, Microsoft Dan Amazon Didakwa Membeli Emas Dari Lombong Haram Di Brazil