Facebook telah mengubah nama syarikat ke Meta oleh kerana mahu menjayakan visi dunia metaverse yang dijangka bakal mengantikan penggunaan web yang digunakan ketika ini. Nama Meta telah pun dipakai secara rasmi namun ada entiti yang tidak berpuas hati dengan penggunaannya.

Terbaharu, Syarikat MetaX LLC yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah menyaman syarikat Meta yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg kerana penggunaan nama yang sama menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Sumber Gambar: Bloomberg

Menurut MetaX, mereka memegang cap dagangan nama Meta. Malah, syarikat ini lebih awal berkecimpung dalam arena dunia realiti maya dan realiti terimbuh (AR). Dalam masa yang sama, cap dagangan menggunakan nama Meta turut dipegang oleh syarikat MetaX itu.

Dalam pada itu, pihak MetaX juga cuba berbincang dengan pihak Meta dalam mencari solusi dalam tempoh lapan bulan supaya boleh mengatasi masalah berkenaan. Nampaknya pihak Meta sendiri seperti tidak mengendahkan tawaran solusi bersama syarikat MetaX selaku pemegang utama cap dagangan nama Meta.

Difahamkan sejak Facebook menukar nama syarikat telah mengakibatkan perniagaan MetaX terjejas kerana tidak lagi boleh menggunakan penjenamaan Meta. Syarikat memohon mahkamah untuk mengenakan perintah injuksi bagi menghalang Meta dari terus menggunakan tanda dagang milik mereka.

Sebelum ini juga, adidas telah menfailkan saman terhadap Nike kerana didakwa meniru teknologi kasut dan aplikasi yang sama.

adidas Fail Saman Terhadap Nike Kerana Didakwa Meniru Teknologi Kasut Dan Aplikasi

Didakwa Menipu Dalam Skim Piramid Doge Coin, Elon Musk Disaman Dengan Nilai RM1.1 Trilion