Boleh dikatakan profesion influencer bak cendawan tumbuh selepas hujan pada hari ini. Semudah menggunakan telefon pintar dan platform media sosial, mereka yang terlibat di dalam industri ini boleh menjana pendapatan tanpa had sekiranya menerima sambutan yang baik.

Oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap profesion ini di pasaran semasa, kini Duke University selaku universiti terbaik di dunia yang ke-23 kini mulai menawarkan kelas menjadi influencer media sosial yang dikenali sebagai Building Global Audiences pada tahun ini.

Sumber Gambar: Business Insider

Skop pembelajaran bakal merangkumi cara menghasilkan video pada platform media sosial seperti TikTok dan YouTube. Hal ini kerana sudah menjadi trend terkini di media sosial untuk menghasilkan video yang berkualiti dan sekaligus mendapatkan tajaan daripada jenama terkemuka.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang mempelajari cara menganalisa analitik video berserta teknik penggambaran yang bagus. Malah, program ini membolehkan setiap individu membina jenama peribadi sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Bahkan, kandungan yang dibuat turut mengajak penonton untuk mendalami bidang STEM.

Dengan penawaran subjek tersebut, kita boleh jangkakan ia bakal menjadi ikutan oleh universiti-universiti di luar sana memandangkan permintaannya yang sangat tinggi. Di Malaysia sahaja, para influencer dilaporkan mampu menjana pendapatan jutaan ringgit serta turut berpeluang berkolaborasi bersama jenama terkemuka.

Tular baru-baru ini UlTM dan TikTok berkerjasama untuk menawarkan pengalaman pembelajaran yang interaktif.

UiTM Dan TikTok Umum Kerjasama Dalam Menjadikan Pengalaman Pembelajaran Lebih Menarik

USM Muncul Sebagai Universiti Pertama Perkenalkan Perpustakaan Berkonsepkan Metaverse

Sumber