Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tablet telah menjadi salah satu peranti penting pada hari ini kerana mampu digunakan untuk tugasan dan juga hiburan sekaligus. Tablet juga dilihat mudah dibawa ke mana-mana sahaja yang mana boleh meningkatkan produktiviti seseorang. Tablet berbaloi boleh digunakan untuk jangka masa panjang serta boleh didapati pada harga berpatutan.

Kita boleh lihat sendiri terdapat pelbagai penawaran tablet daripada pelbagai jenama yang dijual di dalam pasaran. Pasti anda juga teruja ingin mengetahui model tablet yang berbaloi didapatkan pada 2021. Mari kita lihat senarai tablet berbaloi dan berkualiti untuk dibeli pada 2021 ini.

1. Teclast m40 – RM719

tablet berbaloi

Sumber Gambar: Shopee

Teclast merupakan sebuah jenama yang mulai mendapat perhatian ramai disebabkan penawaran spesifikasi tabletnya yang cukup berbaloi pada harga mampu milik. Model ini menggunakan cip UNiSOC T816 bersama memori 6GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB yang boleh memastikan keperluan pelayaran anda akan sentiasa lancar.

Skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan IPS LCD antara yang digunakan dalam memaparkan konten anda dengan baik. Terdapat kamera pada bahagian depan dan belakang bersama mikrofon terbina yang boleh memudahkan anda membuat panggilan video. Bateri sebesar 6,000mAh mampu beroperasi sehingga 8 jam lamanya.

Anda juga boleh menambah ruangan dalaman dengan mikro slot SD yang disediakan serta turut tersedia ruangan kad sim untuk sambungan internet. Sekiranya anda mahukan sebuah tablet berbaloi ini, kini ia dijual pada harga RM719 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang Teclast M40

2. Alldocube iPlay 40 – RM819

tablet berbaloi

Sumber Gambar: Shopee

Tablet keluaran Alldocube juga antara kegemaran kerana mempunyai pakej lengkap untuk kegunaan produktiviti harian. Tablet ini dikuasakan dengan cip UNISOC T816 2.0Ghz dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB sudah mampu memastikan segala konten boleh dikendalikan dengan efisien.

Saiz skrin sebesar 10.4-inci IPS LCD boleh memaparkan visual dengan jelasnya. Bateri berkapasiti 6,200mAh boleh dicas menggunakan kabel USB-C. Penggunaan band WiFi sehingga 5.0 GHz boleh memastikan sambungan internet yang lebih laju diguna menerusinya. Kamera belakang sebesar 8MP dan kamera swafoto iaitu 5MP juga tersedia.

Terdapat enam pembesar suar yang dipasang pada tablet tersebut untuk menghasilkan audio yang imersif apabila memasang konten. Ditambah pula slot kad sim 4G bersama slot mikro SD yang boleh menambah storan dalaman sehingga 2TB. Anda boleh dapatkan Alldocube iPlay 40 pada tanda harga RM819 di Shopee.

Beli Sekarang Alldocube iPlay40

3. realme Pad – RM999

tablet berbaloi

Sumber Gambar: Shopee

realme baru sahaja melancarkan tablet pertamanya di pasaran tempatan dengan penawaran spesifikasi dan rekaan yang menarik menerusinya. realme Pad dibekalkan dengan cip pemproses Helio G80 serta memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerus slot mikro sad.

Dari segi skrin pula, paparan yang ditawarkan tersangat bagus kerana warna yang cukup vibran serta terang. Kehadiran kamera hadapan berserta mikrofon yang mempunyai ciri pembatalan hinggar sudah pasti memudahkan anda berkomunikasi apabila membuat panggilan video.

Bateri sebesar 7,100mAh juga menyokong pengecasan pantas 18W. Anda turut boleh menikmati audio yang baik pada media yang dimainkan dengan ciri Dolby Atmos. Kini realme Pad ditawarkan pada harga RM999 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Pad

4. Lenovo Xiaoxin Pad Pro 11 – RM1,099

Sumber Gambar: Shopee

Lenovo juga tidak ketinggalan dalam menawarkan tablet serba canggih pada harga yang berpatutan. Tablet ini mempunyai skrin bersaiz 11.5-inci dengan paparan OLED yang cukup cantik. Model ini ditawarkan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB yang sudah pasti dapat memastikan setiap aplikasi yang digunakan boleh beroperasi dengan baik.

Cip pemprosesan yang digunakan iaitu Snapdragon 730G berupaya menawarkan prestasi yang lebih pantas dalam membuat multitasking dengan efisien. Bateri model ini dibekalkan dengan kapasiti 8,600mAh mampu bertahan sepanjang hari berikutan pengendalian kuasa yang efisien daripada cip pemprosesan yang digunakan.

Model ini juga didatangkan dengan global ROM bermaksud aplikasi Google Play sudah tersedia bersamanya jadi anda boleh memuat turun sebarang aplikasi seperti biasa. Kamera utama sebesar 13MP berserta kamera hadapan iaitu 8MP untuk kegunaan harian. Kini anda boleh dapatkan tablet berbaloi ini serendah RM1,099 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Lenovo Xiaoxin Pad Pro 11

5. Xiaomi Mi Pad 5 – RM1,479

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Xiaomi sememangnya sudah dikenali umum terutamanya penawaran produknya yang cukup berkualiti tinggi dengan harga kompetitif. Pada kali ini, tablet Mi Pad 5 dibawakan dengan pelbagai ciri yang cukup menarik bersama rekaan yang premium. Tablet ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 860 yang mempunyai keupayaan hampir seperti cip flagship.

Dalam usaha menawarkan paparan yang menarik, model ini didatangkan dengan paparan skrin bersaiz 11-inci beresolusi WQHD+ dan sokongan refresh rate 120Hz. Bahkan, paparan tersebut mempunyai ciri tambahan seperti kemampuan memaparkan warna gamut DCI-P3 dan Dolby Vision untuk pengalaman tontonan konten yang sangat baik apabila digunakan.

Kamera utama pula adalah 13MP, manakala kamera hadapannya sebesar 8MP yang boleh diguna apabila diperlukan. Malah, terdapat empat pembesar suara dengan sistem audio Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih baik. Kini anda berpeluang mendapatkan Xiaomi Mi Pad 5 yang berharga RM1,479 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Pad 5

Jika anda inginkan sebuah tablet yang serba lengkap pada penawaran harga mampu milik untuk kegunaan jangka masa panjang, Xiaomi Mi Pad 5 dilihat sangat menepati kesemua kriteria tersebut. Anda boleh mendapatkan bantuan dengan mudah sekiranya menghadapi masalah serta kemas kini sekuriti yang lebih terjamin menerusinya.

Tablet yang disenaraikan ini sepatutnya boleh memenuhi keperluan tugasan harian anda pada masa yang sama masih boleh memainkan sejumlah hiburan menerusinya. Malah, anda juga boleh menggunakan tablet berkenaan pada tempoh yang lama kerana serba lengkap dengan spesifikasi mahupun bahan binaan yang cukup baik.

Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan sejumlah laptop gaming 2021 yang dicadangkan untuk menjalankan perisian yang intensif dengan lancar.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

ASUS ROG Zephyrus G14 Alan Walker, Laptop Gaming Cyberpunk Epik Dengan Kemasan LED

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group