Penawaran realme GT Neo2 dan realme Pad sudah berada di pasaran lebih awal di China dan kini akhirnya kedua-dua peranti ini secara rasmi akan dibawa masuk ke Malaysia pula tidak lama lagi.

realme Malaysia telah mengumumkan tentang kemunculan kedua-dua peranti untuk pasaran tempatan tetapi tarikhnya masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Anda boleh mengikuti laman rasmi Facebook realme Malaysia untuk perkembangan lanjut dan juga menonton pelancaran berkenaan pada masa kelak.

Sumber Gambar: Facebook realme Malaysia

realme GT Neo2 merupakan sebuah telefon pintar kelas flagship di mana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 bersama sokongan memori sebesar 12GB RAM dan dipadan dengan storan dalaman sehingga 256GB.

Skrin paparan berukuran 6.62-inci AMOLED yang menyokong refresh rate 120Hz. Kapasiti bateri sebesar 5,000mAh turut menyokong pengecasan pantas 65W. Sementara realme Pad pula mempunyai skrin bersaiz 10.4-inci dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman sebesar 64GB. Dikuasakan dengan cipset Helio G80 bersama bateri sebesar 7,100mAh.

Sumber Gambar: Facebook realme Malaysia

Dijangkakan kedua-dua peranti ini sedia dilancarkan secara rasmi pada awal bulan November ini untuk pasaran tempatan. Dalam masa yang sama, penawaran harga dan varian buat pasaran Malaysia juga masih belum diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut yang bakal dikongsi oleh pihak realme Malaysia sendiri.

Selain itu juga, anda boleh meneruskan bacaan seleksi artikel terkini yang dikeluarkan oleh kami.

Apple Dijangka Lancarkan iMac Generasi Baharu Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Samsung Tawarkan Kemas Kini Buat Galaxy Watch4 Dengan Pelbagai Fungsi Baharu

Sumber