Penggunaan  tablet pada hari ini sudah sama penting seperti komputer atau telefon pintar untuk urusan seharian. Oleh itu, semakin ramai tercari-cari akan tablet murah terbaik yang berkualiti dengan spesifikasi yang ideal.

Malah, terdapat pelbagai kegunaan yang boleh yang dibuat menerusinya seperti membaca buku online, menyunting video, pembelajaran atau menstrim Nextflix yang sedia dinikmati pada skrin yang lebih besar. Berikut merupakan enam tablet murah terbaik yang anda boleh dapatkan di bawah RM1,500 menerusi Shopee.

1. Teclast P20HD

tablet murah terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Antara tablet yang menjadi pilihan utama bagi pengguna tempatan sudah semestinya Teclast P20HD. Tablet ini didatangkan dengan binaan yang kukuh serta rekaan yang cukup nipis. Skrin IPS Sharp yang berukuran saiz 10-inci sudah pasti boleh memenuhi keperluan anda untuk melihat sebarang kandungan dengan jelas serta warna yang lebih menarik.

Tambahan pula, tablet ini telah dinaik taraf dengan AI Speed Up Intelligence bagi memberi kelancaran semasa digunakan. Memori yang disediakan sebesar 64GB juga boleh ditambah melalui ruangan slot mikroSD. Malah, kamera hadapan 2.0MP untuk kegunaan panggilan video dan kamera belakang 5.0MP untuk menangkap gambar turut tersedia.

Jika anda mahu dapatkan Teclast P20HD, kini ia sedia ditawarkan pada harga serendah RM519 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Teclast P20 HD

2. Samsung Galaxy Tab A7 Lite 

tablet murah terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Samsung juga menyediakan sebuah tablet yang cukup berbaloi pada harga yang mesra poket. Model A7 Lite ini menggunakan aluminium pada binaan rangka membuatkan ia tampak premium dan minimalis. Skrin pula yang bersaiz 8.7-inci memang sedap dipegang dengan satu tangan sahaja.

Kapasiti bateri sebesar 5,100 boleh bertahan selama 5 jam ke 7 jam penggunaan menerusinya. Kamera belakang 8MP mempunyai autofocus dan mampu menyokong rakaman video 1080p. Dengan menggunakan memori 3GB RAM serta storan dalaman sebesar 32GB cukup untuk menjalankan tugasan harian dengan lancar.

Tablet mampu milik keluaran Samsung ini boleh didapatkan pada harga RM699 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Samsung Tab A7 Lite

3. realme Pad 

Sumber Gambar: Shopee

realme juga sedia menawarkan sebuah tablet mereka buat pasaran Malaysia dengan harga yang cukup berbaloi. realme Pad dibekalkan dengan cip pemproses Helio G80 serta memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerus slot mikro sd.

Dari segi skrin pula, paparan yang ditawarkan tersangat bagus kerana warna yang cukup vibran serta terang. Kehadiran kamera hadapan berserta mikrofon yang mempunyai ciri pembatalan hinggar sudah pasti memudahkan anda berkomunikasi apabila membuat panggilan video. Bateri sebesar 7,100mAh juga menyokong pengecasan pantas.

Tablet realme sedia ditawarkan secara rasmi dengan harga RM949 sahaja di Shopee hari ini.

Beli Sekarang realme Pad

4. Lenovo Smart Tab M10 FHD+

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh dapatkan sebuah tablet pilihan ramai sudah semestinya Lenovo Smart Tab M10 FHD+. Skrin yang bersaiz 10.3-inci dengan resolusi Full HD boleh memaparkan video atau bacaan dengan kualiti yang baik. Model M10 ini dilengkapi memori 4G RAM dan storan dalaman 64GB ROM di mana sangat berguna untuk kelancaran memakai sejumlah aplikasi sekaligus.

Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang boleh dicas pada Smart Stand. Malah, terdapat kamera di hadapan dan belakang bagi kegunaan seharian anda. Rekaannya juga kelihatan premium dan mempunyai speaker Dolby Atmos yang dapat menghasilkan audio yang imersif menerusinya.

Jika anda mahu dapatkan Lenovo Smart Tab M10 FHD+ ini, kini sedia didapatkan pada harga RM999 di Shopee.

Beli Sekarang Lenovo Smart Tab M10 FHD+

5. HUAWEI MatePad 10.4 

Sumber Gambar: Shopee

Jenama HUAWEI juga sedia membawakan sebuah tablet premium dengan harga marhaen iaitu Huawei MatePad 10.4. Model ini dilengkapi skrin 10.7-inci 2K FullView yang mampu memberikan visual yang menarik serta warna yang tepat. Menariknya, kapasaiti bateri sebesar 7,250 mAh dapat bertahan sehingga 12 jam sekaligus boleh digunakan seharian.

Tablet ini juga didatangkan dengan memori 4GB RAM serta storan dalaman 64GB dan penggunaan cip pemproses Kirin 820 AI sudah boleh menjalankan games bergrafik tinggi dengan lancar. Dari segi audio, ia membawakan sistem kuad audio yang boleh menghasilkan bunyi yang jelas dan imersif.

Anda boleh dapatkant tablet HUAWEI MatePad 10.4 dengan harga RM1,399 menerusi Shopee.

Beli Sekarang HUAWEI MatePad 10.4

6. Xiaomi Mi Pad 5

tablet murah terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Xiaomi sememangnya sudah dikenali umum terutamanya penawaran produknya yang cukup berkualiti tinggi dengan harga kompetitif. Pada kali ini, tablet Mi Pad 5 dibawakan dengan pelbagai ciri yang cukup menarik bersama rekaan yang premium. Tablet ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 860 yang mempunyai keupayaan hampir seperti cip flagship.

Model ini didatangkan dengan paparan skrin bersaiz 11-inci beresolusi WQHD+ dan sokongan refresh rate 120Hz. Kamera utama pula adalah 13MP, manakala kamera hadapannya sebesar 8MP yang boleh diguna apabila diperlukan. Malah, terdapat empat pembesar suara dengan sistem audio Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Kini anda berpeluang mendapatkan Xiaomi Mi Pad 5 yang berharga RM1,445 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Pad 5

Jika anda inginkan sebuah tablet yang serba lengkap pada penawaran harga mampu milik untuk kegunaan jangka masa panjang, Xiaomi Mi Pad 5 dilihat sangat menepati kesemua kriteria tersebut. Malah, tablet ini menerima sejumlah maklum balas positif bagi kegunaan seharian dan ramai berpuas hati dengannya.

Diharapkan senarai ini boleh memudahkan anda membuat pemilihan tablet murah terbaik untuk kegunaan seharian. Malah, tablet kini sudah berkemampuan menyelesaikan pelbagai tugasan pada bila-bila masa walau dimana jua seperti laptop membuatkan ramai mulai memilikinya hari ini.

Selain itu, smartwatch juga menjadi buruan ramai kerana fungsinya yang sangat berguna untuk kesihatan dan sebagainya. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

6 Smartwatch Mampu Milik Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Serendah RM39.70 Di Shopee

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

Sumber