Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

realme pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa peranti baharu termasuklah sebuah tablet pertama mereka iaitu realme Pad buat pasaran tempatan. Tablet pertama mereka ini telah mencuri perhatian kerana menampilkan rekaan yang premium dengan spesifikasi menarik tetapi masih dijual pada harga mampu milik.

realme Pad ini dilengkapi dengan skrin 10.4-inci LCD beresolusi WUXGA + (2000×1200) bersama janaan cip pemproses MediaTek Helio G80 yang dipadankan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Bahan binaan yang diperbuat daripada aluminium menjadikan ia terasa premium apabila dilihat atau dipegangnya.

Sumber Gamba: Yugatech

Tablet ini juga didatangkan bersama bateri berkapasiti 7,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W serta pengecasan berbalik. Lensa utama dan swafoto berkongsi sensor sebesar 8MP dan mempunyai sistem empat pembesar suara Dolby Atmos.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, realme Pad sedia ditawarkan dengan empat variasi iaitu dengan spesifikasi 3GB/32GB versi WiFi pada harga RM899, diikuti pula versi LTE yang merangkumi 3GB/32GB pada harga RM949, 4GB/64GB yang berharga RM999 dan akhir sekali 6GB/128GB dengan harga RM1,199.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: Realme

Akan tetapi, anda berpeluang mendapatkan tablet ini dengan harga lebih rendah untuk versi WiFi 3GB/32GB iaitu RM799, sementara realme Pad versi LTE (3GB/32GB) pada harga RM849 sahaja sempena jualan pertamanya pada 11 November nanti.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan artikel terkini yang disediakan oleh kami menerusi pautan di bawah.

Sebanyak 5 Juta Peranti Android Jadi Sasaran Serangan Siber Pada Setiap Bulan

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880

Samsung Memperkenalkan Seluar Jean Yang Direka Khusus Untuk Galaxy Z Flip3 Berharga RM4,639

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group