Samsung Galaxy Z Flip 3 telah menerima sambutan yang cukup meriah di seluruh dunia semenjak ia diperkenalkan di pasaran. Akan tetapi, rekaannya yang tampil berbeza pasti sukar untuk dimuatkan pada seluar yang biasa dipakai dengan rekaan poket yang kecil.

Oleh hal yang demikian, Samsung Australia telah berkolaborasi bersama Dr Denim untuk rekaan seluar jeans khas iaitu ‘Z Flip Pocket Denim’. Seluar jean merupakan keluaran edisi terhad yang mana mempunyai satu ruangan saku khas yang boleh memuatkan peranti Galaxy Flip3 dalamnya.

Kebiasaannya rekaan seluar menampilkan dua poket di belakang, namun menerusi edisi terhad ini hadir tanpanya dan meletakkan satu ruangan poket yang boleh dimuatkan Galaxy Z Flip3 dengan mudah dan selesa didalamnya. Antara ciri menarik yang dipamerkan juga satu jahitan abjad Z yang menutupi bahagian poket depan yang biasanya digunakan oleh kita.

Disebabkan ini merupakan seluar jeans edisi terhad, hanya sebanyak 450 helai sahaja yang dihasilkan dan ia dijual pada harga $1,499 (~RM4,639) di Australia yang mana setiap pembelian turut disertakan Galaxy Z Flip3 bersamanya. Jika dikira secara kasar, Galaxy Z Flip3 yang berharga sekitar RM3,999 maka menjadikan harga sepasang seluar jean ini sekitar RM645.

Samsung sebelum ini turut melancarkan Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Watch 4 Bespoke Edition yang hadir dengan pelbagai warna mengikut cita rasa pengguna.

Samsung Lancarkan Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Watch 4 Bespoke Edition

Pandang Pertama Galaxy Z Flip3 5G, Peranti Boleh Lipat Penuh Gaya Daripada Samsung