Sebahagian besar syarikat atau institusi pada hari ini sudah mengadaptasi penggunaan teknologi dengan menawarkan dokumen secara digital kepada pelanggan. Hal ini kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa sekaligus. Maka, anda perlu mengetahui cara buat tanda tangan digital pada dokumen secara terus di telefon pintar sahaja.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @hafizi.zain, beliau telah memberi tunjuk ajar cara buat tanda tangan digital pada dokumen dengan mudah menerusi telefon pintar sahaja. Anda boleh memuat turun aplikasi Adobe Fill & Sign terlebih dahulu yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Cara buat tanda tangan digital pada dokumen menerusi telefon pintar

  1. Buka aplikasi Adobe Fill & Sign.
  2. Pilih dokumen yang hendak ditanda tangani.
  3. Tekan Create Signature.
  4. Anda boleh tanda tangan pada ruangan yang disediakan.
  5. Klik Done dan ianya akan disimpan secara automatik.
  6. Kemudian, anda boleh pergi ke bahagian dokumen yang ingin diisi tanda tangan tersebut lalu klik pada bahagian berkenaan.
  7. Pilih tanda tangan yang telah disimpan pada bahagian kanan atas di menu utama.
  8. Tanda tangan anda akan terpapar secara automatik dan boleh diubah suai dari segi saiz dan kedudukannya.
  9. Selepas selesai semua mengubah suai pada dokumen tersebut, fail dokumen akan disimpan secara automatik dan boleh dihantar secara terus menerusi WhatsApp ataupun lain-lain lagi.
cara buat tanda tangan digital
Sumber Gambar: Google Play Store

Aplikasi Adobe Fill & Sign telah direka untuk memudahkan pengguna mengisi borang atau dokumen penting yang dihantar secara digital. Rekaan antara muka yang intiutif membuatkan proses mengisi borang lebih pantas dengan alatan lengkap yang disediakan. Penyimpanan dokumen boleh dibuat pada aplikasi ini yang menjadikan ianya lebih teratur serta mudah membuat rujukan kelak.

Untuk meningkatkan produktiviti seharian, anda boleh menghantar dokumen tersebut secara terus kepada penerima menerusi beberapa pilihan platform yang disediakan. Anda juga boleh mengakses semua dokumen yang disimpan ataupun mengisi borang pada bila-bila masa menerusi aplikasi ini dengan menggunakan sambungan internet.

@hafizi.zain

Cara mudah Sign Document guna Smartphone je. Jemput Share ya👌 #tiktokguru #hafizizain #foryou #tiktokmalaysia

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Kini anda sudah boleh mengisi sebarang dokumen digital serta menandatangani tanpa sebarang masalah lagi. Dengan adaptasi ini bukan hanya dapat memudahkan sebarang urusan semata-mata, bahkan ianya boleh menggurangkan kontak secara fizikal terutamanya sewaktu pandemik COVID-19 ini.

Sementara itu, anda juga mempelajari cara terjemah mesej bahasa lain dengan mudah menerusi keyboard telefon pintar sahaja.

Begini Cara Terjemah Mesej Bahasa Lain Dengan Mudah Menerusi Keyboard Telefon Pintar

Cara Mengelakkan WhatsApp Kena ‘Hack’ Dengan Mudah Menerusi Fungsi Pengesahan 2 Langkah

Sumber