Telefon pintar telah membawakan perhubungan secara langsung menerusi mesej menjadi universal yang boleh diakses oleh semua orang. Dengan pelbagai bahasa yang digunakan oleh berlainan negara mahupun bangsa, alangkahnya bagus jika kita tahu cara terjemah mesej bahasa lain menerusi keyboard telefon pintar untuk berinteraksi.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @hafizi.zain, beliau telah mengajar cara terjemah mesej bahasa lain dengan mudah menerusi keyboard telefon pintar sahaja. Anda hanya memerlukan aplikasi Gboard yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store sementara ada sebahagian telefon pintar sudah tersedia fungsi ini di dalam perisian sistem operasi peranti mereka.

Cara untuk memasang aplikasi Gboard pada telefon pintar Android

  1. Pasang aplikasi Gboard terlebih dahulu
  2. Terdapat beberapa tetapan yang perlu dibuat dengan klik pada Enable Setting.
  3. Kemudian, tekan pada Gboard sebagai pilihan keyboard daripada senarai tersebut dan klik OK pada paparan notifikasi.
  4. Klik Select input method dan pilih Gboard sebagai pilihan keyboard utama.
  5. Sudah siap dipasang, boleh terus dipakai sewaktu bermesej.
cara translate mesej bahasa lain
Sumber Gambar: Gboard

Untuk pakai fungsi penterjemahan berkenaan, anda hanya perlu tekan tiga titik noktah yang terpapar sewaktu berada di ruangan mesej dan tekan Translate. Terdapat dua menu yang akan dipaparkan iaitu bahasa yang dipakai oleh pengguna pada ruangan mesej serta output bahasa yang dihasilkan kepada penerima di dalam pelbagai bahasa yang boleh dipilih.

Gboard menyokong lebih daripada 500 bahasa asing yang boleh diterjemahkan dengan pantas serta dilengkapi sokongan AI untuk menambahkan lagi ketepatan ayat yang dibina. Selain daripada itu, Gboard kini juga dilengkapi dengan lebih daripada 40 sistem tulisan di seluruh dunia yang merangkumi huruf seperti Roman, Cyrillic dan sebagainya.

@hafizi.zain

Cara Cepat Nak Hantar Mesej dalam Bahasa Lain. Jom #Share ! #tiktokguru #kelastambahan #tiktokmalaysia #foryou #viral #hafizizain #translatetips

♬ Suspense-style piano music(1019003) – ARCADE

Selepas ini, anda berpeluang berhubung dalam bahasa asing menerusi mesej dengan mudah, malahan secara tidak langsung boleh belajar bahasa tersebut sekaligus dan dimanfaatkan pada masa kelak. Tambahan pula, anda turut dapat berkomunikasi dengan lebih efektif bersama rakan sekerja lain di dalam urusan seharian.

Ketahui juga cara mengelakkan WhatsApp daripada digodam dengan mudah menerusi fungsi pengesahan 2 langkah.

Cara Mengelakkan WhatsApp Kena ‘Hack’ Dengan Mudah Menerusi Fungsi Pengesahan 2 Langkah

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

Sumber