WhatsApp sudah menjadi sebagai tempat berkomunikasi yang mudah diakses secara percuma bagi semua pengguna. Platform permesejan ini menjadi lebih serius apabila digunakan bagi urusan kerja atau maklumat penting yang dihantar menerusinya. Maka, anda perlu mengetahui cara elak WhatsApp kena hack dengan fungsi pengesahan 2 langkah bagi meningkatkan sekuriti akaun WhatsApp anda.

Terdapat banyak laporan daripada sebelum ini yang muncul berkaitan godaman yang berjaya dilakukan boleh mengambil alih akaun WhatsApp sekaligus mencuri nombor kenalan terdekat bagi tujuan penipuan. Lebih mengerikan, penggodam berpeluang memadam akaun WhatsApp mangsanya tanpa sedar.

cara elak whatsapp kena hack
Sumber Gambar: Forbes

Antara taktik yang dilakukan oleh penggodam adalah dengan menghantar mesej kepada anda untuk meminta nombor pin selepas cuba mendaftar menerusi telefon pintar mereka.

Mereka akan sengaja mencipta mesej yang kelihatan seperti dihantar daripada WhatsApp sendiri di mana sebahagian pengguna boleh tertipu sekiranya tidak diteliti dengan terperinci.

Langkah untuk pasang pengesahan 2 langkah

1. Pertama sekali, pergi pada bahagian Settings.
2. Tekan pada Account untuk mengakses fungsi pengesahan 2 langkah.
3. Klik pula Two-step verification dan klik pada butang Enable.
4. Selepas itu, anda boleh memasukkan alamat emel yang boleh diakses bagi rujukan masa hadapan.
5. Akhir sekali, anda perlu tekan Save atau Done selepas sudah mengesahkan emel tersebut.

Bagi mengaktifkan fungsi pengesahan 2 langkah, anda disyorkan menyertakan emel bagi memudahkan penggantian kod pin tersebut sekiranya lupa pada masa kelak. Sekiranya anda tidak melakukan sedemikian, anda akan terpaksa menunggu selama tujuh hari bagi proses menggantikan kata laluan pin yang baru.

Ciri pengesahan 2 langkah ini merupakan salah satu cara elak WhatsApp kena hack yang yang anda boleh praktikkan. Anda bukan sahaja boleh melindungi diri daripada menjadi mangsa, bahkan sekaligus orang lain tidak sewenang-wenangnya boleh mengakses akaun WhatsApp peribadi anda tanpa kebenaran.

Selain daripada itu, DragonForce berkongsi lima cara mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa hacker dan scammer dalam talian.

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

Sumber