Hampir setiap bulan, pasti ada sahaja seleksi produk yang dilancarkan ASUS Malaysia dalam memenuhi keperluan pengguna. Bulan ini juga tidak terkecuali buat ASUS Malaysia yang melancarkan beberapa produk terbaru iaitu Vivobook Pro OLED dan siri Vivobook 15 OLED.

Kedua-dua model ini dikhaskan buat golongan profesional dan juga kasual serta turut memfokuskan kepada penggayaan. Berikut merupakan ciri-ciri serta perbezaan yang ditawarkan pada produk terbaru ASUS ini.

ASUS Vivobook Pro 14X OLED

Model terbaru daripada ASUS ini hadir dengan spesifikasi yang memukau serta dikhaskan buat mereka kerap membuat kerja melibatkan editing dan sebagainya.

ASUS Vivobook Pro 14X OLED hadir dengan skrin 14-inci dengan paparan 2.8K OLED HDR. Model ini turut menjadi komputer riba pertama ASUS yang berjaya meraih pengesahan VESA DisplayHDR True Black 600 serta turut disahkan oleh PANTONE.

Model ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core-i5, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050, 16GB RAM beserta sistem penyejukan dengan teknologi ASUS IceCool Plus. Penawaran pengimbas cap jari pada butang kuasa model ini sekaligus membuatkan model ini tampil premium dan moden.

ASUS Vivobook Pro 14X OLED sedia ditawarkan dengan harga RM4,799. Sebuah harga yang berbaloi melihatkan kepada spesifikasi yang ditawarkan beserta paparan 2.8K OLED yang ditawarkan bersama.

ASUS VivoBook Pro 15 OLED

Sebuah lagi model yang dilancarkan ASUS ini hadir dengan saiz skrin 15-inci beserta paparan NanoEdge FHD OLED. Selain itu, model ini turut dikuasakan oleh sistem audio popular iaitu Harman Kardon.

ASUS VivoBook Pro 15 OLED dikuasakan oleh cip pemprosesan menerusi pilihan AMD Ryzen 5, Ryzen 7 dan Ryzen 9 dan dilengkapi dengan 8/16GB RAM beserta 512GB SSD. Model ini turut ditawarkan dengan kad grafik berkuasa tinggi iaitu NVIDIA GeForce RTX 3050 beserta dengan teknologi sistem penyejukan ASUS IceCool Plus.

Seperti model ASUS Vivobook Pro 15 OLED, model ini turut dilengkapkan dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa dalam memudahkan pengguna.

ASUS Vivobook 15 OLED

Hadir dengan warna yang menyerlah, ASUS Vivobook 15 OLED merupakan model komputer riba buat mereka yang mahu tampil berbeza dengan komputer riba lain di pasaran.

Model ini dikuasakan oleh cip pemprosesan beberapa pilihan spesifikasi terdiri daripada cip pemprosesan AMD Ryzen 7, Ryzen 5 dan juga Intel Core-i3 begitu juga dengan penawaran RAM.

Khusus buat anda yang mahukan komputer riba penuh gaya serta tidak mahu berbelanja besar, ASUS Vivobook 15 OLED antara yang boleh anda dapatkan. Anda pastinya berpuas hati dengan paparan OLED yang ditawarkan beserta rekaannya yang kompak.

Ketahui juga 5 sebab mengapa ASUS VivoBook Pro 15 OLED bakal menjadi pilihan khusus buat anda yang pentingkan produktiviti.

5 Sebab ASUS Vivobook Pro 15 OLED Bakal Menjadi Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti

ASUS VivoBook 13 Slate OLED, Komputer Riba Versatil Memfokuskan Kepada Produktiviti