Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat lambakan model komputer riba telah dilancarkan daripada pelbagai jenama di mana masing-masing mahu menghasilkan komputer riba yang berspesifikasi tinggi bagi memenuhi citarasa pengguna.

ASUS juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dan pada bulan ini ASUS telah melancarkan model terbaru mereka khusus buat anak muda yang mahu tampil profesional dan pentingkan produktiviti menerusi model ASUS VivoBook Pro 15 OLED.

Model yang dilancarkan ini berjaya memenuhi pelbagai kriteria yang dimahukan anak muda ketika ini. Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa model ini bakal menjadi pilihan buat anda yang pentingkan produktiviti.

1. Rekaan yang sleek

Dalam mendapatkan komputer riba, spesifikasi dan harga sudah pastinya antara yang menjadi faktor utama. Dalam pada itu, tentu ramai yang mendambakan komputer riba yang tampak kemas dan ringan. ASUS VivoBook Pro 15 OLED nampaknya berjaya memenuhi kriteria tersebut dengan penawaran berat serendah 1.65kg sahaja.

Mengulas mengenai rekaan, model ini hadir dengan satu pilihan warna iaitu Quiet Blue. Penggunaan material aluminium pada bahagian luaran serta rekaannya yang kemas sekaligus membuatkan model ini tampil premium.

2. Spesifikasi yang mantap

Dari segi spesifikasi, model ini sedia menawarkan yang terbaik buat para pengguna. ASUS VivoBook Pro 15 OLED ini dilengkapkan dengan processor siri AMD Ryzen 5000-H beserta kad grafik NVIDIA RTX 3050.

Para pengguna berpeluang memilih model ini yang terdiri daripada processor Ryzen 5,7 dan juga 9. Model ini juga turut hadir dengan RAM sehingga 16GB DDR4 beserta 512GB ruang storan SSD. Penawaran RAM dan SSD ini pastinya membantu pengguna menyiapkan tugasan dengan lebih pantas tanpa mengalami masalah melibatkan storan.

Oh ya, model ini turut dilengkapkan dengan sokongan audio daripada Harman Kardon yang sekaligus menawarkan kualiti audio terbaik buat para pendengar.

3. Dilengkapi ASUS ICECool Plus

Khusus buat pengguna yang menggunakan komputer riba bagi tugasan berat, sudah pastinya masalah melibatkan komputer riba menjadi panas serta kipas berbunyi dengan kuat antara yang dihadapi.

Dalam pada itu, masalah ini nampaknya tidak akan berlaku pada ASUS VivoBook Pro 15 OLED menerusi penawaran ASUS ICECool Plus. Penawaran dwi-kipas pada model ini bakal membantu menyejukkan ruang komponen komputer riba bagi memastikan model ini terus berada dalam suhu yang optimum meskipun digunakan untuk kerja-kerja melibatkan editing mahupun gaming.

4. Paparan yang memukau

Model ini hadir dengan paparan OLED NanoEdge beresolusi 16:9 FHD bagi saiz skrin 15.6-inci meliputi 84% bahagian skrin. Dalam erti kata lain, anda pastinya tidak mengalami masalah melibatkan bezel yang tebal sewaktu melakukan tugas.  Sokongan PANTONE beserta 100% DCI-P3 color gamut sekaligus menjanjikan paparan terbaik buat para pengguna.

Selain itu, para pengguna juga akan kurang terdedah kepada masalah mata kering sewaktu menonton skrin dalam tempoh yang panjang. Semua ini berjaya dilakukan menerusi teknologi ASUS yang mampu mengurangkan pancaran cahaya biru sebanyak 70% membuatkan anda lebih selesa untuk menonton pada skrin meskipun untuk tempoh yang panjang.

5. Harga yang berbaloi

Berdasarkan spesifikasi serba lengkap yang ditawarkan, pastinya ramai yang berpendapat model ini hadir dengan harga yang premium. Walau bagaimanapun, ASUS berjaya menawarkannya dengan harga yang berbaloi dan kompetitif dengan harga bermula daripada RM4,299 sehingga RM5,199 mengikut pilihan spesifikasi processor.

Sekiranya anda mahukan komputer serba lengkap, ringan serta tidak mahu berbelanja besar, ASUS VivoBook Pro 15 OLED mungkin antara yang boleh dijadikan pilihan. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dengan kunjungi laman rasmi ASUS. Para pengguna boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah secara dalam talian menerusi Lazada dan juga Shopee.

Ketahui juga dengan lebih lanjut mengenai model penuh versatil daripada ASUS iaitu ASUS VivoBook 13 Slate OLED yang boleh diubah daripada komputer riba kepada tablet dengan mudah.

ASUS VivoBook 13 Slate OLED, Komputer Riba Versatil Memfokuskan Kepada Produktiviti

ASUS ROG Zephyrus G14 Alan Walker, Laptop Gaming Cyberpunk Epik Dengan Kemasan LED