Saban tahun pasti ada sahaja kejutan yang diperkenalkan OPPO dalam menawarkan telefon pintar yang serba lengkap buat para pengguna. Tampil dengan spesifikasi yang hebat, kualiti kamera yang mantap serta rekaan yang memukau sudah menjadi keutamaan buat jenama ini.

Tahun ini, OPPO tidak terkecuali dalam mengekalkan DNA yang sama buat model terbaru mereka menerusi model OPPO Reno8 Pro 5G. Tampil dengan tagline ‘Potrait Expert’, OPPO Reno8 Pro 5G nampaknya mahu menawarkan sesuatu yang lebih istimewa khusus buat peminat fotografi.

Bukan itu sahaja, model pada kali ini turut tampil dengan beberapa keunikan yang pastinya membuatkan model ini menjadi pilihan ramai. Berikut merupakan 6 sebab utama mengapa OPPO Reno8 Pro 5G bakal menjadi rebutan tidak lama lagi.

1. Dilengkapi dengan processor 6nm MariSilicon X Pengimejan NPU

Buat pertama kalinya dalam sejarah, OPPO berjaya menggabungkan spesifikasi telefon pintar flagship baik dari hardware mahupun software kepada model mid-high range menerusi siri Reno.

Model ini dikhaskan dalam mendapatkan gambar potret seakan telefon pintar flagship serta turut menawarkan imej terbaik meskipun pada keadaan cahaya malap.

Menerusi processor OPPO MariSilicon X NPU, model ini memfokuskan kepada pemprosesan gambar dan video ini turut muncul sebagai cip 6nm pertama dilancarkan syarikat ini.

Cip ini bertanggungjawab dalam memastikan segala pemprosesan gambar termasuk gambar dalam bentuk RAW dapat diproses dalam waktu yang singkat.

Bukan itu sahaja, processor ini turut menyokong sebanyak 18 trilion operasi setiap saat serta dilengkapkan dengan NPU yang secara tidak langsung menawarkan kuasa pemprosesan bukan sahaja bagi gambar dan video, malah dalam kelancaran penggunaan seharian.

Untuk pengetahuan anda, cip MariSilicon X NPU dengan bantuan SoC membolehkan OPPO Reno8 Pro 5G muncul sebagai model mid-high range pertama yang mampu merakam video beresolusi 4K Ultra Night.

Sebagai rekod, imej dan data menerusi video beresolusi 4K adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding video 1080P. Semuanya berjaya dijayakan menerusi HDR Fusion dan algoritma AINR (AI Noise Reduction).

Bukan sahaja memfokuskan kepada pencahayaan waktu malam, OPPO Reno8 Pro 5G turut berjaya menawarkan rakaman terbaik dalam resolusi 4K pada waktu siang serta penuh dengan cahaya.

 2. Cahaya malap bukan lagi masalah

Sering kali terjadi apabila mahu merakam, keadaan cahaya yang tidak mengizinkan menghalang pengguna daripada mendapatkan hasil yang terbaik.

Hal ini nampaknya tidak lagi berlaku dengan OPPO Reno8 Pro 5G di mana model ini dilengkapkan dengan fungsi rakaman 4K Ultra Night Video dalam menawarkan pencahayaan secukupnya buat para pengguna. Dalam erti kata lain, cahaya malap bukan lagi masalah buat para pengguna.

3. Sensor dwi andalan Sony – IMX766 + IMX709

Mulai digunakan pada siri Reno7, sensor dwi-flagship Sony diteruskan dalam membantu siri OPPO Reno8 Pro menerima lebih banyak cahaya sekaligus membantu penghasilan imej terbaik.

Hal ini sangat membantu khususnya sewaktu mengambil gambar secara potret atau video.

4. Siri Reno pertama dengan pengecasan SUPERVOOC 80W

Hadir dengan kuasa pemprosesan yang hebat serta memfokuskan kepada kualiti kamera bukan halangan buat OPPO Reno8 Pro 5G dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas.

Malah, model ini turut muncul sebagai siri pertama OPPO Reno yang hadir dengan fungsi pengecasan pantas SUPERVOOC sehingga 80W di mana para pengguna berpeluang mendapat pengecasan penuh dalam tempoh 28 minit sahaja. Pantas bukan?

5. Rekaan Unibody Diperkemas + Color of the Year

OPPO mencipta kelainan pada kali ini dengan menawarkan rekaan Reno8 Pro 5G yang kemas dan premium sekaligus melenyapkan camera bump seperti yang sering dilihat pada telefon pintar yang lain.

Bukan itu sahaja, model ini turut ditawarkan dengan warna Glazed Green yang turut dinobatkan sebagai color of the year yang pastinya membangkitkan kekemasan model ini serta tampil lebih premium.

6. Hadiah bernilai RM1,486 buat pembelian secara pra-tempah

Hadiah bernilai RM1,486 termasuk kotak hadiah eksklusif Siri OPPO Reno8 bernilai RM 399, OPPO Care Perlindungan Kerosakan Skrin 1 Tahun bernilai RM199, dan Keistimewaan My OPPO Members bernilai sehingga RM888

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli di My OPPO Space dan Kedai Jenama OPPO akan menerima beg beli-belah edisi terhad Siri Reno8 bernilai RM89 dan tawaran eksklusif Pembelian dengan Pembelian (PDP) sama ada untuk rebat RM150 pada OPPO Pad Air (4GB + 128GB) atau rebat RM100 pada OPPO Enco Air2 Pro mulai hari ini hingga 31 Julai. Akhir sekali, pelanggan yang membeli Pad Air juga akan menerima hadiah tambahan bernilai RM259!

Pra-tempah boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Rakan Telco, Rakan e-Dagang dan Rakan Kedai Rangkaian OPPO.

Anda berpeluang menjadi antara yang terawal menggunakan OPPO Reno8 Pro 5G yang hadir dengan pelbagai ciri menarik serta memfokuskan kepada fotografi ini dengan harga istimewa menerusi pembelian di OPPO Brand StoreShopee dan juga Lazada.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda dapatkan OPPO Reno8 Pro 5G dengan harga berbaloi beserta lambakan hadiah yang ditawarkan secara percuma. Pastinya model ini tidak mengecewakan anda pada setiap foto yang diambil.

Ikuti juga review penuh kami mengenai OPPO A74 yang berjaya muncul sebagai pesaing hebat bagi telefon pintar dalam kategori ‘mid-range’ pada tahun lalu.

Oppo A74, Pesaing Hebat Telefon Mampu Milik Kelas Pertengahan Ketika Ini

Disangka Gambar Suntingan, Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Ikonik Windows XP