Sekitar minggu lalu, Xiaomi 11T Pro telah dilancarkan secara rasmi sekaligus membuatkan para peminat teruja menerusi pelbagai kejutan dan spesifikasi hebat yang ditawarkan.

Xiaomi pada kali ini tampak lebih serius dalam menawarkan telefon pintar flagship dengan menawarkan spesifikasi terbaik pengguna boleh dapatkan dalam sesebuah telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android.

Kehadiran model terbaru Xiaomi ini berjaya membuatkan kami teruja untuk mencubanya. Tidak hanya hadir dengan rekaan yang moden dan premium, model ini turut menawarkan beberapa fungsi menarik yang tidak tersedia pada model telefon pintar yang lain.

Kami yakin orang ramai juga tidak sabar untuk mendapatkannya. Berikut merupakan 4 sebab mengapa Xiaomi 11T Pro bakal menjadi rebutan ramai apabila dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 23 September ini.

1. Kamera 108-megapixel

Sekiranya anda seorang pengguna telefon pintar yang mementingkan kualiti imej pada setiap gambar yang diambil, Xiaomi 11T Pro adalah jawapannya. Model ini hadir dengan sensor utama sebesar 108-megapixel.

Turut disertakan bersama adalah lensa sudut ultra lebar dengan sensor 8-megapixel dan lensa telemakro 5-megapixel. Kamera hadapan model ini turut menjanjikan kualiti swafoto terbaik buat para pengguna menerusi sensor 16-megapixel.

Menariknya, Xiaomi tidak turut memfokuskan kepada bahagian video menerusi penawaran mod AI Cinema beserta Audio Zoom. Kemampuan merakam dengan resolusi sehingga 8K beserta sokongan HDR10+ bakal menjanjikan kualiti rakaman terbaik buat para pengguna dalam menghasilkan sebuah video seakan sebuah filem.

2. Xiaomi HyperCharge 120W

Membincangkan soal pengecasan pantas sememangnya Xiaomi adalah juara. Pada kali ini, Xiaomi berjaya mengejutkan ramai apabila sekali lagi menawarkan pengecasan yang lebih pantas berbanding sebelum ini menerusi teknologi Xioami HyperCharge 120W.

Menerusi teknologi terbaru ini, Xiaomi menjanjikan pengecasan penuh Xioami 11T Pro dalam tempoh 17 minit sahaja. Lebih menarik, model ini turut disertakan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh.

Dalam erti kata lain, pengguna berpeluang menikmati pengecasan dalam tempoh yang sangat singkat untuk menggunakan model ini seharian tanpa memerlukan sokongan powerbank.

3. Skrin AMOLED 120Hz

Berjaya menawarkan kamera berkualiti tinggi, Xiaomi turut menterjamah imej yang diambil menerusi paparan skrin 6.67-inci AMOLED dengan sokongan refresh rate 120Hz beserta True Color yang mampu menawarkan 1 bilion warna beserta 1,000 nits. Selain itu, model ini turut dilidungi oleh Corning Gorilla Glass VictusTM.

Mengulas dari segi audio, model ini hadir dengan kolaborasi bersama Harman Kardon beserta sokongan Dolby Atmos. Dalam erti kata lain, pengguna berpeluang mendapatkan sebuah pakej lengkap pada sebuah telefon dengan skrin dan speaker yang berkualiti tinggi.

4. Penggunaan processor Snapdragon 888

Sesuai dengan gelarannya sebagai telefon pintar flagship, Xiaomi nampaknya berjaya menawarkan antara processor terbaik buat para pengguna menerusi penggunaan Snapdragon 888.

Penggunaan processor daripada Qualcomm ini menjanjikan segala pemprosesan melayari segala aplikasi yang tersedia dan dimuat turun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Penawaran sehingga RAM 12GB dan ruang storan sehingga 256GB pastinya memudahkan pengguna dalam menavigasi segala aplikasi serta menyimpan pelbagai data penting tanpa memerlukan ruang storan tambahan.

Harga

Hadir dengan spesikasi yang serba lengkap beserta teknologi yang memukau, Xiaomi nampaknya masih lagi berjaya menawarkan harga yang kompetitif buat telefon pintar flagship terbaru mereka.

Xiaomi 11T Pro sedia ditawarkan menerusi pra-tempah pada harga RM2,099 bagi model RAM 8GB beserta 128GB ruang storan dan RM2,299 bagi model RAM 12GB beserta 256GB ruang storan. Sebuah harga yang sangat berbaloi di mana Xiaomi berjaya menawarkannya setanding telefon pintar kelas pertengahan keluaran jenama pesaing.

Model ini hadir dengan tiga pilihan warna premium iaitu Celestial Blue, Mateorite Gray dan Moonlight White.

Sedia untuk pra-tempah

Sumber: trusted reviews

Bonus menarik buat anda yang anda yang sudah tidak sabar mendapatkan Xioami 11T Pro, Xiaomi Malaysia sedia menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM688 buat mereka yang membuat pra-tempah model terbaru mereka ini.

Para pengguna berpeluang menerima sebuah Mi Watch Lite, Mi True Wireless Earphone 2, jaminan waranti 1+1 beserta jaminan pembaikan skrin selama enam bulan. Berbaloi bukan?

Bukan itu sahaja, setiap pra-tempah yang dibuat membolehkan para pembeli berpeluang memenangi hadiah Mi TV P1 43-inci bernilai RM1,799. Serius menarik!

Pra-tempah bagi Xiaomi 11T Pro sedia dibuka bermula 23 – 29 September ini manakala penjualan secara rasmi bakal bermula 2 Oktober akan datang. Para pengguna boleh mendapatkannya secara atas dalam talian menerusi laman rasmi Xiaomi atau menerusi Lazada dan Shopee.

Sekiranya anda mahukan sebuah telefon pintar dengan penawaran spesifikasi serba lengkap, kamera dengan sensor yang besar dan sokongan pencasan pantas HyperCharge 120W, Xiaomi 11T Pro adalah model terbaik untuk anda dapatkan pada ketika ini.

Ketahui juga dengan lebih lanjut mengenai produk terbaru yang sedia dibangunkan Xiaomi iaitu Xiaomi Smart Glasses.

Xiaomi Smart Glasses Diperlihatkan Kepada Umum, Hadir Dengan Skirn Mikro LED

Siri Xiaomi 11 Dilancarkan Dengan Sokongan Pengecasan Hyper 120W Dan Refresh Rate 120Hz