Sejak pandemik COVID-19 melanda, dapat dilihat perubahan dalam landskap dunia dalam talian di mana orang ramai lebih cenderung untuk bertugas di rumah. Selain itu, tidak kurang juga mereka yang memilih untuk menceburi bidang gaming dan juga streaming. Hal ini juga turut berkait rapat kerana industri ini mampu menjana wang yang besar sekaligus dapat dijayakan di rumah sahaja.

Perkara ini secara tidak langsung turut membuatkan para pengguna khususnya mereka yang bekerja atau belajar dari rumah mendambakan peranti yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan harian.

Mengetahui keperluan pengguna, Lenovo nampaknya tampil menawarkan seleksi produk yang bukan sahaja berspesifikasi tinggi malah berbaloi untuk didapatkan. Berikut merupakan antara produk daripada Lenovo yang pada kami sangat berbaloi untuk anak muda, golongan profesional, gamer mahupun streamer dapatkan dalam meningkatkan produktiviti harian.

Legion 5 Pro

Sebut sahaja mengenai produktiviti dan gaming, sudah pastinya model berkuasa tinggi antara yang diperlukan. Lenovo berjaya menawarkannya menerusi model Legion 5 Pro yang bukan sahaja menjadi pilihan gamer malah turut sesuai digunakan mereka yang kerap melakukan kerja melibatkan editing.

Model ini hadir dengan sokongan processor AMD Ryzen™ 7 5800H beserta kad grafik NVIDIA® RTX™ 3070 8GB GDDR6 yang mampu menyokong pelbagai game popular terkini tanpa sebarang masalah. Legion 5 Pro turut hadir dengan 16GB RAM beserta 1TB NVMe SSD. Model ini hadir dengan Windows 10 Home. Dapatkan upgrade secara PERCUMA kepada Windows 11¹ (apabila tersedia, lihat di bawah).

Tidak hanya memfokuskan semata-mata kepada spesifikasi, model ini turut hadir dengan rekaan yang memukau serta sesuai digunakan golongan profesional yang pentingkan prestasi yang hebat pada sebuah komputer riba. Para pengguna turut berpeluang memilih tiga mod mengikut kesesuaian yang terdiri daripada Performance, Balance dan juga Quiet.

Mengulas mengenai penggunaan, model ini sering kali menjadi pilihan buat para gamer, streamer dan juga penghasil konten berikutan spesifikasinya yang serba lengkap. Pengguna tidak lagi bakal mengalami masalah melibatkan prestasi serta berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang.

Para pengguna turut berpeluang memilih tiga mod yang terdiri daripada Performance, Balance dan juga Quiet mengikut kesesuaian pengguna.

Legion Phone Duel 2

Berbincang soal peranti, tidak sah rasanya jika tidak membincangkan mengenai telefon pintar. Menerusi Lenovo, jenama ini tampil dengan model Legion Phone Duel 2.

Model gaming ini hadir dengan spesifikasi yang serba lengkap menerusi penggunaan processor Snapdragon 888, 16GB RAM beserta 512GB ruang storan. Apa yang membuatkan model ini tampil unik adalah penawaran skrin 6.92-inci FHD+ AMOLED dengan refresh rate sehingga 144Hz sekaligus membuatkan pengalaman bermain game menjadi lebih rancak.

Seperti namanya, model ini hadir dengan ciri yang unik di mana Legion Phone Duel 2 dilengkapi dengan dua bateri, dua speaker dan dua sistem penyejukan dalam memberikan kepuasan berganda buat para pengguna sewaktu bermain game mahupun untuk kegunaan harian.

Perkara yang unik dan paling menarik perhatian kami mengenai model Legion Phone Duel 2 ini adalah penawaran kamera pop-up yang tersedia sekaligus membantu para streamer untuk stream dengan lebih mudah tanpa mengganggu pengalaman bermain game.

Selain itu, para pengguna juga bakal tampil lebih bergaya menerusi penggunaan telefon pintar dengan ciri unik ini.

Oh ya, penawaran dua bateri pada model ini turut membantu Legion Phone Duel 2 dapat dicas dengan lebih pantas. Sebagai rekod, para pengguna berpeluang mengecas menggunakan pengecasan 65W untuk mengecas bateri berkapasiti 5,500mAh dalam tempoh 35 minit sahaja daripada 0-100%. Menarik bukan?

Berdasarkan penawaran yang tersedia Legion Phone Duel 2, model ini jelas tidak hanya mahu memfokuskan kepada para gamer malah boleh juga digunakan oleh orang ramai yang pentingkan prestasi dan mementingkan kepantasan dalam sesebuah peranti.

Legion K500 RGB Mechanical Gaming Keyboard

Bagi sebuah komputer, sudah pastinya keyboard merupakan sebuah aksesori utama. Malah, penggunaan keyboard yang tidak berkualiti berkemungkinan bakal menggangu pretasi produktiviti serta mood gaming anda.

Menerusi model Legion K500 RGB Mechanical Gaming Keyboard, model ini hadir dengan seleksi warna RGB yang boleh dilaraskan pengguna. Model ini hadir dengan 104 butang beserta 8 butang tambahan sekaligus membantu pengguna dalam melaraskan bunyi dan sebagainya dengan mudah.

Sambungan wayar antara yang ditawarkan dalam membantu pengguna mendapatkan respon yang pantas khususnya buat para gamer dan juga streamer. Selain itu, model ini boleh juga dijadikan pilihan buat anda yang kerap menaip menerusi penawaran palm rest membuatkan tangan anda tidak mudah letih dan lenguh meskipun menaip dalam tempoh yang panjang.

Mengulas mengenai review pengguna, model ini berjaya mendapat rating 4.7/5 bintang sekaligus menunjukkan jumlah pengguna sangat berpuas hati dengan model ini Legion K500 RGB Mechanical Gaming Keyboard. Anda boleh ikuti review pengguuna dengan lebih lanjut dengan klik di sini.

Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound Gaming Headset

Sebagai seorang gamer mahupun streamer, sudah pastinya audio berkualiti tinggi antara yang didambakan. Legion nampaknya turut menawarkannya pada model Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound Gaming Headset.

Model ini hadir dengan sokongan 7.1 di mana bunyi dihalakan daripada tujuh sudut sekaligus memberi kelebihan khususnya buat para gamer. Rekaannya yang ergonomic beserta sambungan kepada USB dan juga 3.5mm headphone jack sekaligus memudahkan pengguna menyambungnya kemana-mana sahaja dengan mudah.

Berdasarkan respon pengguna, masing-masing sangat berpuas hati dengan kualiti audio yang ditawarkan dan juga fitting serta kemasan yang ditawarkan. Tidak hairanlah model ini sering kali menjadi pilihan orang ramai tidak kira gamer mahupun sebaliknya dalam mendapatkan pengalaman mendengar muzik dan game yang terbaik.

Legion M500 RGB Gaming Mouse

Selain keyboard, mouse juga memain peranan penting dalam mengejar produktiviti tugasan harian. Legion juga turut menawarkannya menerusi model Legion M500 RGB Gaming Mouse yang hadir dengan sokongan DPI sehingga 16,000 dalam menawarkan kepantasan khususnya buat para gamer yang aktif dalam game melibatkan first person shooter.

Model ini juga turut menawarkan sokongan sehingga 7 butang beserta satu butang profail buat para pengguna sekaligus memberi kelebihan buat para penggunanya melibatkan para designer dan juga editor.

Ciri yang paling disukai ramai pada model ini adalah sokongan rekaan ergonomik serta saiz yang ringan dalam memberi keselesaan buat para pengguna meskipun digunakan dalam tempoh yang panjang.

Setakat ini, model ini turut ditawarkan dengan promosi menarik menerusi laman rasmi Lenovo di mana para pengguna berpeluang mendapatkannya dengan harga serendah RM255.55 sahaja. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model penuh gaya ini.

Legion Ultimate Support

Khusus buat para gamer, kami yakin pasti ramai yang tidak mempunyai waktu yang spesifik untuk bermain game. Hal ini secara tidak langsung mengundang kepada masalah yang berlaku tidak mengira waktu

Menariknya menerusi Legion Ultimate Support, para gamer tidak lagi akan mengalami masalah sedemikian kerana Lenovo sedia membantu anda tidak kira masa 24 jam sehari dalam membantu anda melibatkan hardware mahupun software.

Selain itu, para gamer juga boleh mendapatkan bantuan khidmat pelanggan Lenovo dalam mendapatkan tetapan terbaik untuk mendapatkan pengalaman bermain game yang sempurna.

Bukan itu sahaja, sekiranya masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan, para pekerja Lenovo bakal ke lokasi anda dalam membantu menyelesaikan masalah. Efisien bukan?

Anda juga dapat boleh mendapatkan waranti tambahan Legion Ultimate Support dengan harga serendah RM139 sahaja menerusi tempoh promosi sebelum 31 Disember 2021. Serius berbaloi!

Berdasarkan produk-produk yang dinyatakan, jelas Lenovo sememangnya mahu memberikan yang terbaik buat para pelanggan. Para pengguna tidak lagi perlu pening memikirkan produk yang perlu dipadankan sebaliknya sekadar perlu mendapatkannya di bawah satu jenama sahaja.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan produk rasmi Lenovo, anda boleh mendapatkannya secara dalam talian menerusi kedai rasmi Lenovo di Lazada dan juga Shopee. Ikuti juga laman rasmi Facebook dan Instagram Lenovo untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi yang bakal dilancarkan.

¹Peningkatan Windows 11 akan dihantar kepada peranti yang layak menjelang lewat 2021 hingga 2022. Masa akan berbeza mengikut peranti. Ciri tertentu memerlukan perkakasan khusus (lihat aka.ms/windows11-spec).”

Tular pada minggu lalu apabila Instagram bakal kenakan bayaran serendah RM4.90 sebagai yuran langgan buat para pengguna mendapatkan konten eksklusif.

Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan

Mahu Tandingi TikTok, Instagram Sedia Bayar Pengguna Sehingga RM145,705 Untuk Guna Reels