Xiaomi baru sahaja melancarkan dua buah model flagship terbaru mereka iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro untuk siri Xiaomi 11 kali ini. Kedua-dua model ini berkongsi sejumlah besar ciri rekaan luaran mahupun komponen dalaman. Yang membezakan antara kedua-dua model ini hanyalah pada cip pemprosesan dan sokongan kadar pengecasan pantas.

Sumber Gambar: Tech Advisor

Model Xiaomi 11T Pro dilengkapi dengan skrin rata jenis AMOLED yang berukuran 6.67inci dengan resolusi FHD+ bersama sokongan refresh rate 120Hz. Walaupun penawaran skrin yang rata dengan rekaan takuk punch-hole, ianya tidak dilengkapi ciri pengimbas cap jari di bawah skrin paparan. Sebaliknya, pengimbas cap jari terletak pada sisi peranti berkenaan.

Seterusnya, peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 berserta memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Malahan, model ini juga mempunyai ciri kalis air dan habuk IP58 malah dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus pada skrin paparan bagi ketahanan yang mantap sewaktu penggunaan harian.

Sumber Gambar: Youtube

Pada siri ini, Xiaomi memfokuskan aspek fotografi di mana ia bakal menghasilkan video dan gambar yang sangat jelas serta kemampuan merakam kualiti video sehingga 8K dengan audio yang berkualiti tinggi. Dilengkapi kamera utama sebesar 108MP, ultrawide 8MP, wide 5MP dan telemacro 5MP. Sementara kamera swafoto hanya 16MP sahaja.

Selain itu, kapasiti bateri sebesar 5,000mAh antara yang disertakan bersama sokongan pengecasan 120W Xiaomi HyperCharge. Xiaomi menjanjikan pengecasan penuh boleh dibuat dalam hanya 17 minit sahaja. Dari segi audio pula, model ini hadir dengan Dolby Vision serta dual-speaker daripada talaan Harman Kardon.

Sumber Gambar: GSMarena

Sementara itu, Xiaomi 11T juga menampilkan skrin paparan yang sama di mana berukuran 6.67 inci AMOLED serta refresh rate 120Hz. Sedikit berbeza dari segi penawaran cip pemprosesan yang mana model ini didatangkan dengan cip MediaTek Dimensity 1200-ultra. Dipadankan pula dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256 GB.

Penawaran kapisiti bateri masih sama seperti versi Pro tetapi hanya didatangkan dengan pengecasan pantas 67W yang berupaya mengecas sehingga penuh dalam 36 minit sahaja. Untuk fotografi pula, ianya membawakan kamera utama 108MP, ultrawide 8MP, telemacro 5MP dan kamera swafoto sebesar 16MP sahaja.

Harga penawaran harga bagi Xiaomi 11T bermula daripada sekitar EUR 499 (~RM2,452) dan Xiaomi 11T Pro pula bakal dijual pada tanda harga sekitar EUR 649 (~RM3,190). Siri model kali ini membawakan tiga pilihan warna seperti Moonlight White, Celestial Blue dan Meteorite Gray. Setakat ini, masih belum terdapat informasi lanjut tentang penawaran model ini di Malaysia.

Dikhabarkan model Xiaomi 12 bakal hadir dengan tiga kamera belakang sebesar 50-megapixel sahaja berbanding siri sebelumnya.

Xiaomi 12 Dijangka Bakal Ditawarkan Dengan Tiga Kamera Belakang 50-Megagpixel

Xiaomi Perkenalkan Pengecasan Tanpa Wayar Sehingga 100W Yang Menyokong Peranti Jenama Lain

Sumber