Xiaomi baru-baru ni mengumumkan ketibaan barisan peranti pintar perdana mereka iaitu Siri Xiaomi 12. Peranti pintar bertaraf premium ni hadir dengan pilihan Xiaomi 12 serta Xiaomi 12 Pro yang dikuasakan dengan teknologi terbaru bersesuaian untuk pengunaan secara profesional mahupun harian.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya apa bezanya Siri Xiaomi 12 yang membuatkan ianya lebih premium kan? Mari kami kongsikan 8 sebab mengapa peranti ini sangat berbaloi untuk didapatkan.

1. Kamera 50-megapixel diperkenalkan pada peranti pintar Xiaomi

Buat pertama kalinya Xiaomi 12 Pro hadir dengan tiga kamera belakang bergred profesional 50-megapixel bersama kamera telefoto dan kamera ultra lebar 50-megapixel. Sementara, Xiaomi 12 pula dilengkapi kamera utama 50-megapixel serta kamera telemakro 5-megapixel dan kamera ultra lebar 13-megapixel yang juga bergred profesional.

Lepas ini gambar anda tak ada lah kabur atau kelabu geng, hasil foto anda mesti estetik habis lah. Sekali snap sahaja gambar terus cantik! Kalau tak percaya, mari kami kongsikan hasil gambar yang diambil menggunakan Xiaomi 12 Pro:

2. Hasil video yang lebih sinematik dengan teknologi AI algorithm Xiaomi

AI algorithm Xiaomi yang kini lebih maju membolehkan rakaman video dihasilkan dengan kesan sinematik yang lebih power! Setiap rakaman bakal dilengkapi kesan khas dan pilihan kreatif seperti Xiaomi ProFocus, One-click AI cinema dan banyak lagi.

Siri Xiaomi 12 turut didatangkan dengan ciri Ultra Night Video membolehkan rakaman video dibuat dalam keadaan cahaya yang terhad. Pengguna juga bebas memilih jenis potrait mode yang diinginkan sekaligus menjadikan hasil rakaman setanding rakaman di studio!

3. Tingkatkan produktiviti dengan Snapdragon® 8 Gen 1

Dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm terkini, Snapdragon® 8 Gen 1. Siri Xiaomi 12 menggunakan teknologi 4nm bagi memastikan anda dapat pengalaman terbaik sepanjang menggunakan peranti pintar ni.

Cip pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 1 ni adalah 20% lebih berkuasa berbanding sebelumnya dan mampu menjimatkan tenaga sehingga 30%! Bukan sahaja pantas malah menjimatkan tenaga lagi. Memang terbaik!

4. Rekaan ikonik, lebih estetik

Peranti bersaiz poket ni boleh dikatakan selesa digenggam dalam tangan, tidak terlalu besar mahupun kecil. Just nice lah geng. Walaupun hadir dengan rekaan yang slimSiri Xiaomi 12 menggunakan bateri berkapasiti tinggi! Bukan setakat rekaannya ikonik, performance keseluruhan juga mantap!

Xiaomi 12 Pro mempunyai paparan skrin seluas 6.73-inci sementara Xiaomi 12 pula didatangkan dengan skrin berukuran 6.28 inci. Kedua-dua peranti tersebut boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu kelabu, ungu dan biru.

5. Teknologi 120W Xiaomi HyperCharge bakal menjimatkan masa anda

Dari segi pengecasan model ini tidak kurang hebatnya di mana Xiaomi 12 Pro menyokong teknologi 120W HyperCharge dengan kapasiti bateri 4,600mAh. Sedikit berbeza dengan Xiaomi 12 yang menyokong teknologi 67W dengan kapasiti bateri 4,500mAh.

Untuk pengecasan tanpa wayar, kedua-dua peranti menyokong 50W turbo charging. Jimat masa anda, tak ada dah nak menunggu lama untuk cas phone je lepas ni.

6. 68 bilion warna dipaparkan pada Xiaomi 12  

Siri Xiaomi 12 berkebolehan untuk memaparkan 68 billion warna bagi menjamin kejelasan paparan dan ketepatan warna yang lebih baik. Nisbah skrin ke badan peranti juga telah dimaksimumkan dengan penggunaan bezels yang lebih kecil.

Siri Xiaomi 12 turut dikuasakan dengan AMOLED Dot Display dan sokongan TrueColor. Paling best sekali, skrin peranti ini lengkap dengan ciri anti calar menggunakan Corning Gorilla Glass Victus.

Tidak cukup dengan tu, terdapat juga ciri sokongan Dolby Vision® dan HDR 10+ yang membolehkan setiap paparan pada skrin terlihat lebih mantap!

7. Ada 4 pembesar suara sekaligus!

Sistem bunyi untuk Xiaomi 12 Pro terdiri daripada 4 pembesar suara yang dikuasakan oleh Harman Kardon! Bila adanya sistem bunyi yang sangat gempak macam ni, setiap audio yang dimainkan bakal terdengar jelas dan mengagumkan tau!

Buat model Xiaomi 12, ia hadir dengan sepasang pembesar suara bersama sistem Dolby Atmos® menjanjikan penyampaian audio yang lebih realistik dan jelas. Barulah lagi seronok nak main game nanti!

8. Xiaomi tawar pakej servis VIP untuk korang!

Pasti anda teruja bukan dengan spesifikasi dan pakej yang ditawarkan pada Siri Xiaomi 12 ini? Untuk pengetahuan, Siri Xiaomi 12 sedang membuka pra-tempahan bermula 16 Mac sehingga 23 Mac 2022 untuk menikmati servis VIP buat peranti anda yang merangkumi:

  • 1x percuma gantian skrin
  • 2 tahun jaminan
  • 3 tahun percuma naik taraf Android OS
  • 4 tahun percuma naik taraf sekuriti

Harga jualan untuk Xiaomi 12 Pro 12GB + 256GB adalah RM3,899. Manakala, Xiaomi 12 8GB + 256GB boleh didapati pada harga RM2,999.

Dengan setiap pembelian Xiaomi 12 Pro atau Xiaomi 12, anda juga bakal menerima hadiah istimewa bernilai RM2,197! Hadiah tersebut akan dihantar terus ke rumah anda nanti selepas anda ambil peranti Siri Xiaomi 12 pilihan anda di mana-mana cawangan Xiaomi.

Untuk anda yang memilih penghantaran terus peranti ke rumah pula, anda layak menerima hadiah tambahan berupa Xiaomi Soundbar 3.1 bernilai RM1,499 dan gantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan sekiranya berlaku kerosakan yang mana tertakluk kepada jaminan serta terma dan syarat. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Xiaomi dengan klik di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai siri Xiaomi 12 dengan klik pautan di bawah.

Xiaomi 12 Dan 12 Pro Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Secara Rasmi

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Pindah Baki TnG eWallet Ke Akaun Bank