Pelupa, bersikap dingin, memberontak, mudah marah dan sering merayau adalah perubahan drastik individu mengalami demensia. Demensia dan Alzheimer yang juga dikenali sebagai nyanyuk biasanya berlaku dalam kalangan warga emas serta tidak dapat dielakkan.

Namun tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit ini menyebabkan banyak stigma dan salah tanggapan kerap berlaku terhadap pesakit Alzheimer.

Itu antara intipati filem pendek bertajuk ‘Sedetik Cahaya’ berkisar tentang kisah realiti dihadapi individu yang mengalami demensia.

Filem pendek arahan Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer. Kebiasaannya, tidak semua anggota keluarga yang mampu dan sanggup menjaga orang tua yang mengalami Demensia atau penyakit Alzheimer.

Ini kerana individu mengalami Demensia bukan sahaja menjadi pelupa malah boleh menjadi agresif secara lisan dan bertindak kasar secara fizikal terhadap orang lain di sekeliling mereka. Demensia atau Alzheimer, mungkin bukan penyakit yang sering diketengahkan, namun ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam masyarakat kita.

Berdasarkan Laporan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, terdapat lebih 261,000 penghidap demensia di Malaysia tahun lalu. Fahami perjuangan penghidap Alzheimer, dan jangan lupakan mereka yang tidak mampu ingat lagi. Marilah kita wujudkan masyarakat yang lebih bertimbang rasa dan memahami.

Xiaomi berharap filem pendek Hari Raya menyayat hati ini dapat meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer serta bagaimana teknologi boleh membantu meningkatkan kehidupan sesiapa sahaja.

Tonton video penuh Xiaomi bermula 25 April 2022, jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia. Tetamu kejutan dalam video turut menanti anda! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xiaomi. Maklumat lanjut tentang penyakit Alzheimers, layari Alzheimers Disease Foundation Malaysia atau laman sosial Facebook.

Ketahui cara mudah menukar duit raya di lokasi ATM Maybank terpilih dengan klik pautan di bawah.

Tidak Perlu Beratur Panjang, Ini Caranya Tukar Duit Raya Di Lokasi ATM Maybank Terpilih

Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar