Pada awal bulan ini, Xiaomi telah mengumumkan tentang penjenamaan semula bagi barisan perantinya dengan mengantikan Mi kepada Xiaomi bagi model yang akan datang. Dalam erti kata lain, jangkaan model flagship Xiaomi 12 akan menjadi antara peranti terawal yang menggunakan penjenamaan terbaru yang bakal hadir tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat tertiris terkini, Xiaomi 12 dikatakan akan mengunakan gabungan sebanyak tiga sensor kamera 50MP sekaligus di bahagian belakang. Lensa yang bakal disertakan pada model ini terdiri daripada lensa utama, ultrawide dan telefoto. Ditambah pula dengan jangkaan kemampuan untuk hasil rakaman video dengan lebih baik sekaligus.

vocket-tech-news-xiaomi12-1
Sumber Gambar:TechNave

Buat masa ini, barisan siri 12 masih dalam fasa pengesahan rekaan sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Jadi, terdapat kemungkinan boleh berlaku perubahan pada spesifikasi kamera yang bakal ditawarkan nanti.

Selari dengan pengenalan Xiaomi 12 kelak, syarikat Xiaomi juga dikhabarkan bakal memperkenalkan Xiaomi 12 Ultra yang dilengkapi dengan sensor kamera sebesar 200 MP yang dihasilkan oleh pihak Samsung sendiri.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan artikel terbaru yang disediakan oleh kami menerusi pautan di bawah.

Ciri Sambungan Satelit LEO Pada iPhone 13 Mungkin Hanya Ditawarkan Untuk Kegunaan Kecemasan

5 Peralatan Fotografi Bawah RM200 Yang Boleh Anda Dapatkan Untuk Hasilkan Studio Mini

Sumber