Baru-baru ini Bill Gates telah berkongsi kepada orang ramai tentang beliau menggunakan Samsung Galaxy Z Fold3 sebagai peranti harian. Kini giliran pengasas dan CEO Xiaomi, Lei Jun mendedahkan di laman Weibo bahawa beliau sering bertukar telefon pintar dan menggunakan empat peranti sekaligus.

Menerusi gambar yang dikongsikan, empat telefon pintar yang dimaksudkan adalah Xiaomi 12, Xiaomi Mi 11 Ultra, Redmi Note 11T Pro dan Xiaomi Civi. Ini semua antara generasi terawal menggunakan reka bentuk modul kamera segi empat kecuali Mi 11 Ultra. Lensa Mi 11 Ultra disusun mendatar berbanding menegak seperti model lain.

Sumber Gambar: Gizchina

Dalam pada itu, Lei Jun juga mengesahkan bahawa model pertama Xiaomi-Leica akan dilancarkan pada Julai ini. Antara telefon tumpuan juga adalah Xiaomi 12 Ultra dengan varian dan spesifikasi tertinggi dalam sirinya yang dijangka menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Selain itu, dikhabarkan model Xiaomi 12 Ultra bakal mempunyai sistem kamera bertiga pada bahagian belakang yang mana merangkumi lensa utama 50MP, lensa ultra-lebar 48MP dan telefoto 48MP. Apa-apa pun sama kita nantikan pelancaran model peranti hasil kolaborasi Xiaomi dan Leica pada bulan Julai kelak.

Beralih ke Samsung pula, syarikat ini mengakui terpaksa menggurangkan pengeluaran telefon pintar sebanyak 30 juta unit pada tahun ini angkara krisis global.

Ekoran Krisis Global, Samsung Terpaksa Kurangkan Pengeluaran Telefon Sebanyak 30 Juta Unit

Siri iPhone 13 Berjaya Muncul Sebagai Telefon Terlaris Dunia Pada Suku Pertama 2022