Xiaomi merupakan salah satu jenama yang berjaya menebusi pasaran dunia dengan saingan hebat menerusi penawaran sejumlah produk berkualiti pada harga mampu milik. Namun begitu, mereka juga tidak terkecuali terpalit spekulasi mengenai pengambilan data pengguna secara senyap pada telefon pintar yang ditawarkan.

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi Negara di Taiwan (NCC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berjaya mengesan model Mi 10T 5G keluaran Xiaomi boleh menapis carian pengguna dan juga menghantar data pengguna ke ibu pejabat yang berpengkalan di Beijing.

Sumber Gambar: BGR India

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Lithuania sudahpun mengingatkan kepada rakyatnya untuk tidak menggunakan lagi peranti buatan syarikat China dan membuangnya jika masih digunakan. Hal ini sekaligus menimbulkan rasa curiga pihak NCC yang kemudiannya mula menjalankan siasatan secara terperinci terhadap produk syarikat ini.

Menerusi siastan yang dibuat, mereka mendapati aplikasi MiAdBlacklisConfigur membolehkan peranti Xiaomi menyekat carian dan laman sesawang berkaitan topik sensitif serta menghantar sejarah carian pengguna ke pelayan Xiaomi.

Sumber Gambar; Gizchina.it

Antara frasa  dan topik yang telah disekat adalah ‘Free Tibet’, ‘Taiwan independence’ dan ‘independent media in Hong Kong’ atau yang berhubung pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square, parti politik seperti Chinese Nationalist Party(KMTO) dan Democratic Progressive Party.

Xiaomi bagaimanapun telah memberi respon mengenainya dengan mengatakan Mi 10T untuk pasaran Taiwan berbeza daripada model yang dijual di Eropah dan menyakinkan NCC bahawa peranti mereka tidak membuat sebarang tapisan atau pantauan seperti yang didakwa.

Tambah Xiaomi lagi, fail MiAdBlacklisConfigur hanya berfungsi untuk mengendalikan iklan bagi aplikasi Xiaomi dan melindungi pengguna daripada kandungan sensitif yang mana ini merupakan polisi pengiklanan yang digunakan oleh syarikat gergasi lain seperti Facebook dan Google.

Dalam masa yang sama, NCC juga mendapati Mi 10T tidak membenarkan pengguna mematikan ciri penjejakan seperti pengeluar lain. Oleh itu, NCC akan meneruskan siasatan terhadap Xiaomi Taiwan untuk mengetahui jika masih menceroboh privasi pengguna serta akan memaklumkan kepada agensi lain sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.

Walaupun Xiaomi sering dikaitkan dengan isu sedemikian, syarikat ini sudah menyasarkan mahu saingi Samsung menjadi jenama no.1 1 dunia dalam beberapa tahun lagi.

Xiaomi Sasar Saingi Samsung Jadi Jenama No.1 Dunia Dalam Tempoh 3 Tahun Lagi

Xiaomi Muncul Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Buat Pertama Kalinya

Sumber