Pasti ramai yang tertanya-tanya model telefon pintar manakah yang paling laris setakat ini? Ditambah pula dengan sejumlah model telefon pintar yang dilancarkan pada tahun ini membuatkan persaingan lebih rancak di dalam pasaran global.

Pihak IDC kini telah berkongsikan data awal berkaitan telefon pintar yang paling laris dijual pada suku pertama tahun 2022 ini. Menerusi data yang dikumpulkan, Apple berjaya merangkul takhta dengan tiga daripada lima telefon pintar yang paling laris di dunia dalam carta tersebut.

Sumber Gambar: Twitter

Di tangga pertama adalah iPhone 13 lalu diikuti dengan iPhone 13 Pro Max yang menduduki tangga kedua. Samsung muncul ditangga ketiga menerusi model telefon Galaxy A12. Seterusnya, kehadiran model iPhone 13 Pro pula ditangga keempat dan akhir sekali Galaxy A32 yang menduduki tangga ke-5.

Senarai yang dikeluarkan oleh IDC telah mempamerkan keupayaan Apple memegang takhta untuk telefon paling laris di suku pertama tahun 2022 serta mendominasi besar pasaran telefon pintar hari ini. Sementara Samsung pula dilihat menerajui pasaran menerusi pasaran telefon berspesifikasi pertengahan mereka.

Apple juga dilaporkan menjana pendapatan berjumlah $43 bilion (~RM189.1 bilion) menerusi tiga model tersebut sementara Samsung sekadar menjana $3.6 bilion (~RM18.5 bilion) menerusi kedua-dua model pertengahan yang tersenarai di atas.

Sementara itu, syarikat Netflix kini terpaksa membuang seramai 150 pekerja ekoran kemerosotan perniagaan mereka.

Alami Kemerosotan Perniagaan, Netflix Terpaksa Membuang Sebanyak 150 Pekerja

Didakwa 22.5 Juta Maklumat Rakyat Malaysia Tertiris, Datuk Seri Hamzah Zainudin Nafi Data Bukan Milik JPN

Sumber