Sebelum ini, Xiaomi sudahpun menduduki di tangga kedua sebagai pada suku kedua 2021 yang lepas. Mereka menampilkan prestasi yang sangat baik dengan menawarkan pelbagai segmen peranti bagi memenuhi permintaan pengguna global.

Terbaharu, syarikat penganalisa Counterpoint Research menyatakan bahawa Xiaomi telah mengatasi Samsung dan Apple sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu di dunia pada bulan Jun 2021. Hasil jualan Xiaomi telah meningkat sebanyak 26% pada bulan Jun yang menjadikan sebagai jenama yang paling berkembang pada bulan tersebut.

vocket-tech-news-xiaomi-1
Sumber Gambar: Counterpoint Research Market

Menerusi pemantauan data bulanan yang telah diambil, Xiaomi dilihat mempunyai pegangan sejumlah 17.1% berbanding Samsung pula dengan sekitar 15.7% dan diikuti oleh Apple sebanyak 14.3% sahaja. Tambahan pula, Xiaomi juga sangat giat memasarkan peranti mereka ke serata dunia termasuk Eropah, Afrika, India dan Timur Tengah.

Perkembangan ini dilihat agak menarik kerana terdapat beberapa syarikat pesaing yang lain sedang menghadapi kesukaran di dalam pengeluaran termasuk Samsung. Kemungkinan akan berlaku perubahan kedudukan selepas semua kembali seperti sedia kala. Sama-sama kita nantikan siapa pula yang akan menduduki tempat pertama kelak.

Akhir Julai lalu turut menyaksikan Xiaomi Malaysia melancarkan sebuah peranti ‘flagship killer’, Poco X3 GT pada harga serendah RM1,299.

Xiaomi Malaysia Lancarkan Poco X3 GT Pada Harga Serendah RM1,299

Poco M3 Pro 5G Bakal Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM699