Xiaomi sehingga ke hari ini telah mendominasi pasaran di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Dengan menjadi pilihan orang ramai, tidak hairanlah mereka masih kukuh berdiri di sejumlah negara.

Terbaharu, Xiaomi Malaysia telah berkongsi berkenaan pencapaian mereka yang berjaya merampas semula takhta sebagai jenama telefon pintar nombor satu di Malaysia. Xiaomi menguasai pasaran telefon pintar tempatan sebanyak 30% iaitu peningkatan sebanyak 5% penguasaan berbanding suku pertama tahun 2021 lalu.

Sumber Gambar: Facebook Xiaomi Malaysia
Oleh hal demikian, Xiaomi berjaya mengatasi pesaing telefon pintar Android yang lain iaitu Samsung yang jatuh tangga ke-2, diikuti vivo yang menduduki tangga ke-3, OPPO muncul tangga ke-4 dan realme masih kekal di tangga ke-5.

Berdasarkan analisa canalys, pertumbuhan tahunan sejumlah jenama terkemuka menurun sangat mendadak di Malaysia sementara Xiaomi tetap kekal di atas carta tanpa sebarang masalah berkenaan.

Sumber Gambar: Canalys

Malah, Xiaomi dijangka akan terus mengukuhkan lagi penguasaan pasaran telefon pintar mereka di Malaysia dengan pelancaran model siri telefon pintar premium iaitu siri Xiaomi 12 yang dijadualkan dalam bulan Ogos ini. Dengan penawaran telefon pintar pada harga berpatutan, wajarlah Xiaomi kekal menjadi pilihan pengguna.

Di India, kerajaan mahu mengharamkan telefon pintar bajet dari China kerana mahu membantu syarikat pengeluar tempatan mereka.

India Mahu Haramkan Jualan Telefon Pintar ‘Murah’ Dari China

Platform Steam Dijangka Hadir Dengan Sokongan Nintendo Switch Joy-Con Menerusi Kemas Kini Terbaru

Sumber