Pada masa kini ramai orang sudah mula menceburi bidang bisnes dalam talian dengan menawarkan pelbagai produk. Pasti ramai yang mahukan produk mereka lebih menonjol dan tampak profesional. Penggunaan peralatan fotografi yang betul boleh menampilkan hasil gambar yang menarik.

Anda masih boleh mendapatkan sejumlah peralatan fotografi seakan profesional dengan harga yang berpatutan. Berikut merupakan lima peralatan fotografi yang perlu anda dapatkan bagi studio gambar di rumah dengan harga di bawah RM200 sahaja.

1. Latar belakang

vocket-tech-peralatan-5baru
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda semestinya memerlukan latar belakang yang berwarna putih. Penggunaan warna putih boleh memberikan fleksbiliti sewaktu suntingan sekiranya ingin diubah suai selepas pengambaran serta ia dapat menonjolkan imej subjek dengan lebih baik. Anda juga boleh menampilkan produk sebagai fokus tanpa menggangu pandangan kepada pelanggan.

Jenis latar belakang yang sangat ideal bagi tujuan pengambaran adalah kertas. Kertas dilihat lebih ringan dan stabil untuk diletakkan dalam pelbagai sudut tanpa sebarang masalah kusut. Lembaran kertas yang luas membolehkan sebarang produk boleh diambil gambar dengan latar belakang putih sama ada dalam keadaan tergantung ataupun di atas permukaan objek.

Kertas mahjung dikira sudah cukup baik untuk dijadikan sebagai latar belakang yang boleh didapati pada harga yang murah. Anda boleh dapatkan di Shopee dengan bermula harga RM8 sahaja.

Beli Sekarang Kertas Mahjung

2. Bahan Prop

vocket-tech-peralatan-4baru

Selepas itu, anda memerlukan bahan prop iaitu koleksi klip pengapit yang kukuh pelbagai saiz untuk menyokong posisi produk atau aksesori yang ingin ditangkap. Penyediaan sejumlah saiz pengapit menjadikan ia serba guna dalam pelbagai keadaan apabila diperlukan.

Pengepit juga dianggap sebagai solusi kreatif bagi jurugambar kerana dapat menyelesaikan masalah yang mungkin timbul di lokasi penggambaran. Antara fungsi klip pengapit sewaktu pengambaran adalah untuk menggantungkan latar belakang, memasang diffuser dan menahan wayar bagi menggantung produk dan sebagainya.

Terdapat pelbagai saiz klip pengapit latar belakang yang ditawarkan di Shopee pada harga serendah RM4.90 sahaja. Klip pengapit ini mempunyai cengkaman yang cukup kuat bagi menampung pelbagai jenis barang dan diperbuat daripada bahan yang kukuh.

Beli Sekarang Backdrop Clamp Studio Background

3. Pencahayaan

peralatan fotografi
Sumber Gambar: Shopee

Anda disyorkan untuk mendapatkan lampu tambahan yang boleh mengubah pencahayaan mengikut kesesuaian. Kebiasaanya lampu tambahan ini hadir sekali dengan diffuser serta sangat sesuai untuk pelbagai keadaan.

Pemilihan mentol yang tepat juga memainkan peranan yang penting kerana keterangan pancaran cahaya yang dihasilkan boleh memberi hasil yang berbeza. Anda perlu memilih lampu yang menghasilkan tahap keterangan yang paling cerah dengan jumlah lumen yang tinggi. Hal ini penting untuk menampilkan warna yang tepat terhadap produk berkenaan.

Penawaran set lampu profesional bagi kegunaan studio gambar boleh didapati dengan harga serendah RM69.90 sahaja di Shopee. Anda akan menerima sebuah set lampu profesional yang lengkap bagi pelbagai kegunaan termasuklah mengambil gambar ataupun merakam video produk sekaligus.

Beli Sekarang Foto Studio Set Photography Lighting Kit

4. Reflector dan Diffuser

peralatan fotografi
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda memerlukan reflector dan diffuser untuk menambahkan lagi sentuhan yang lebih mantap kepada hasil akhir gambar. Menerusi alatan ini, anda boleh memanipulasi cahaya dengan mood atau tema tersendiri terhadap keseluruhan gambar. Reflector selalunya didatangi dengan beberapa jenis warna untuk penggunaan pada subjek yang berbeza.

Penggunaan kedua-dua alat ini mampu menghasilkan gambar yang lebih “natural” dan sedap dipandang oleh orang. Di samping itu, cahaya yang berlebihan boleh dibiaskan supaya gambar tidak terlalu terang. Anda turut boleh memantulkan cahaya kepada produk sekiranya sumber cahaya yang terhad di ruang studio tersebut.

Buat anda yang berminat, boleh dapatkan Multi Light Reflector For Photo Studio di Shopee pada harga RM17.90 sahaja. Reflector ini telah disertakan dengan 5 jenis warna untuk memberi fleksibiliti dengan penghasilan efek cahaya pada gambar serta sesuai digunakan di dalam dan luar di studio. Saiznya yang kompak boleh memudahkan penyimpanan.

Beli Sekarang Multi Light Reflector For Photo Studio

5. Tripod

peralatan fotografi
Sumber Gambra: Shopee

Akhir sekali, sebuah studio gambar memerlukan tripod yang bagus untuk menangkap gambar pelbagai jenis produk. Tripod menawarkan kestabilan sewaktu mengambil produk yang pasti dapat memberikan hasil gambar yang lebih baik dan jelas pada setiap masa. Ditambah pula dengan komposisi gambar yang sudah pasti terjamin kelihatan seperti professional.

Terdapat beberapa jenis tripod yang ditawarkan dalam pasaran. Anda boleh berjimat dengan mendapatkan jenis hibrid di mana ia boleh dipakai pada kamera DSLR dan telefon pintar sekaligus. Bagi anda yang ingin bereksperimen dengan konsep yang berbeza pada gambar, tripod membolehkan gambar diambil menerusi teknik mode long exposure dengan baik.

Jenama Onsmo sudah terkenal di kalangan jurugambar disebabkan produk yang ditawarkan berkualiti tinggi dan dapat berfungsi dengan baik. Tripod yang ditawarkan boleh menyokong kamera dan telefon pintar sekaligus serta diperbuat daripada bahan aloi aluminium untuk lebih tahan lasak dan ringan. Anda boleh dapatkan Onsmo-TRX170 Tripod Stand pada harga RM85 di Shopee.

Beli Sekarang Onsmo-TRX170 Tripod Stand

Keseluruhan barang yang disenaraikan boleh didapati dengan harga yang berpatutan serta boleh digunakan pada jangka masa panjang. Menerusi kelengkapan peralatan fotografi yang secukupnya, anda sudah boleh menghasilkan produksi gambar ataupun video yang tampak seperti profesional di rumah sahaja selepas ini.

Ketahui cara-cara edit green screen pada video anda menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja.

Cara-Cara Edit Green Screen Guna Aplikasi Telefon Pintar

7 Aplikasi Edit Video Terbaik Android Yang Ditawarkan Secara Percuma

Sumber