Kemajuan teknologi kamera telefon pintar telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang penghasilan video atau pembuatan konten. Walau bagaimanapun, kamera yang berkualiti tinggi sahaja belum cukup untuk menjamin video yang dihasilkan tampak menarik.

Oleh yang demikian, pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa aplikasi edit video Android yang boleh anda gunakan dalam menghasilkan video yang tampak profesional dan juga berkualiti tinggi.

1. Node Video

aplikasi edit video terbaik Android

Sekiranya anda mahukan sebuah aplikasi yang serba lengkap dilengkapi dengan fungsi artificial intelligence (AI), aplikasi Node Video adalah jawapannya. Aplikasi ini turut menawarkan kebebasan kepada pengguna dalam menyertakan pelbagai jenis audio dan efek dalam sebuah video.

Bukan itu sahaja, aplikasi Node Video turut menawarkan fungsi rendering 3D model yang boleh menukarkan video dan gambar menjadi kepada bentuk 3D. Node Video ini sememangnya antara aplikasi edit video terbaik Android dan sedia dimuat turun di Google Play Store.

Pro

  • Pelbagai fungsi yang ditawarkan.
  • Boleh hasil video seperti profesional.
  • Fungsi AI secara langsung.
  • Rendering dengan pantas.

Cons

  • Antara muka yang kompleks.
  • Tempoh eksport fail yang panjang.
  • Perlu ambil masa yang panjang untuk memahami aplikasi ini.
  • Mesti guna peranti berkuasa tinggi.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM12

2. FilmoraGo

edit video terbaik Android

Aplikasi FilmoraGo merupakan sebuah aplikasi penyuntingan video yang sesuai digunakan oleh semua lapisan umur berikutan antara muka aplikasi ini yang mesra pengguna. Pelbagai fungsi yang menarik sedia diteroka oleh para pengguna sewaktu penghasilan video.

Terdapat pelbagai template dan sampel muzik yang telah disediakan untuk dimasukkan ke dalam gambar atau video dengan mudah. Antara fungsi lain yang tersedia pada FilmoraGo adalah kemampuan memainkan video secara reverse dalam menghasilkan efek yang lebih dramatik.

Sebuah lagi perkara menarik menerusi FilmoraGo adalah penawaran video tutorial yang boleh dijadikan panduan di mana para pengguna berpeluang mempelajari cara menggunakan aplikasi ini dengan lebih baik. Anda boleh muat turun aplikasi FilmoraGo dengan  klik di sini.

Pro

  • Antara muka yang interaktif.
  • Senang untuk digunakan.
  • Pelbagai fungsi yang disediakan.

Cons

  • Tempoh eksport video yang panjang.
  • Pengguna memaklumkan alami masalah aplikasi tersekat secara tiba-tiba.
  • Sebahagian fungsi tidak beroperasi dengan baik.

Harga: Muat turun secara percuma dengan langganan pakej serendah RM89

3. InShot Video Editor

edit video terbaik Android

Sebuah lagi aplikasi edit video Android yang boleh dicuba adalah aplikasi InShot Video Editor. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dalam menyertakan filter pada sesebuah video. InShot Video Editor ini juga turut mempunyai timeline editor bagi memudahkan pengguna menggabungkan video dan audio. Aplikasi ini turut menjadi pilihan pengguna yang kerap memuat naik video di YouTube.

Pengguna juga boleh menggunakan fungsi stiker dan teks yang tersedia untuk memberi kelainan pada video yang dibuat. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan aplikasi InShot Video Editor.

Pro

  • Mudah untuk digunakan.
  • Fungsi yang pelbagai.
  • Tempoh rendering yang pendek.

Cons

  • Video draf yang hilang secara tiba-tiba.
  • Terdapat glitch yang menyebabkan aplikasi tidak boleh dibuka.
  • Iklan yang banyak terpapar pada versi percuma.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej serendah RM11

4. PowerDirector

Jika anda mahu menghasilkan video melibatkan kolaj atau mahu menggunakan fungsi slow motion, aplikasi PowerDirector antara yang boleh dicuba. Antara muka yang mesra pengguna mampu memberikan pengalaman penyuntingan yang lebih menyeronokkan. Anda juga boleh membuat suntingan dan mengeksport video dengan resolusi 4K pada aplikasi ini.

Jika video yang ingin disunting terdapat banyak gegaran, aplikasi ini berkemampuan menstabilkan video tersebut untuk kelihatan lebih natural. Anda boleh dapatkan aplikasi edit video terbaik Android ini di Google Play Store.

Pro

  • Senang untuk digunakan.
  • Pelbagai pilihan transition.
  • Antara muka yang menarik.
  • Mudah untuk muat naik ke media sosial.

Cons

  • Proses eksport yang tersekat.
  • Berlaku glitch sewaktu mahu tambah video atau gambar.
  • Masalah audio yang tidak keluar.
  • Transition yang tidak berfungsi dengan betul.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM13

5. VN Video Editor

Aplikasi VN Video Editor merupakan aplikasi multimedia yang direka khusus untuk membuat penyuntingan konten video melalui telefon pintar.

Antara fungsi menarik yang terdapat pada aplikasi ini adalah draf video bakal disimpan secara automatik. Hal ini sangat penting dalam memudahkan kerja para pengguna bagi mengelakkan video yang sedang disunting hilang secara tiba-tiba.

Terdapat lebih 50 jenis filter yang tersedia pada aplikasi ini untuk dimuatkan pada sesebuah video di mana anda boleh mengubah suai suasana dan visual video mengikut keadaan yang diingini.

Sebuah lagi perkara menarik pada aplikasi ini adalah fungsi sari kata yang boleh ditambah ke dalam video bagi memudahkan penonton mengikuti konten tersebut. Anda turut boleh dapatkan aplikasi edit video ini di Google Play Store.

Pro

  • Menawarkan pelbagai jenis filter.
  • Tiada watermark.
  • Masa rendering yang singkat.

Cons

  • Sebahagian fungsi yang mengelirukan.
  • Saiz fail yang besar.
  • Aplikasi terhenti sewaktu dibuka.
  • Skrin menjadi hitam secara tiba-tiba semasa proses suntingan.

Harga: Muat turun secara percuma

6. Capcut

Aplikasi Capcut ini turut menjadi pilihan orang ramai dalam penghasilan konten video terutamanya di media sosial. Antara sebab pengguna gemar menggunakan aplikasi ini adalah disebabkan aplikasi ini mudah untuk difahami serta didatangi dengan pelbagai fungsi yang popular di platform sosial media ketika ini.

Fungsi pilihan lagu yang pelbagai memberikan kebebasan kepada pengguna untuk dipakai. Capcut juga menyediakan pelbagai efek yang popular bagi memenuhi permintaan semasa pengguna. Video yang telah disunting dengan menggunakan efek ini akan kelihatan lebih menyerlah . Anda boleh dapatkan aplikasi edit video ini di Google Play Store.

Pro

  • Tiada watermark.
  • Senang untuk digunakan.
  • Boleh pilih kualiti video yang tinggi.
  • Pelbagai fungsi yang popular ditawarkan.

Cons

  • Aplikasi berhenti secara mengejut.
  • Memperlahankan prestasi telefon.
  • Susah untuk ubah suai audio.
  • Sebahagian fungsi tidak operasi dengan baik.

Harga: Muat turun secara percuma

7. Vllo

aplikasi edit video Android

Aplikasi Vllo pula direka khusus untuk peminat vlog yang ingin menghasilkan konten dengan pantas. Aplikasi ini ingin memendekkan proses suntingan video bagi memudahkan pengguna untuk memuat naik lebih banyak konten di media sosial.

Antara muka yang mesra pengguna pastinya memudahkan pengguna dalam menyunting sesebuah video. Terdapat lebih 20 transition yang boleh dipilih untuk dimasukkan dalam sesebuah video

Anda juga boleh menambah voiceover di video sekiranya audio tidak jelas di dalam rakaman yang dibuat. Terdapat lebih daripada 70 jenis bunyi yang turut tersedia pada aplikasi ini. Klik di sini untuk mencuba aplikasi Vllo.

Pro

  • Mesra pengguna.
  • Tiada watermark.
  • Boleh eksport tanpa sambungan internet.
  • Pelbagai efek dan transition yang ditawarkan.

Cons

  • Sebahagian video yang dieksport tidak boleh dimainkan.
  • Ambil masa yang panjang untuk eksport fail besar.
  • Sesetengah audio tidak dapat dikesan.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej harga bermula serendah RM17

Menerusi pelbagai pilihan aplikasi edit video Android yang dicadangkan, pastinya anda tidak lagi mempunyai masalah untuk menyunting video. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang disebutkan untuk pelbagai tujuan seperti pengiklanan, projek tugasan, filem pendek dan sebagainya.

Ketahui juga cara-cara edit green screen yang boleh dibuat dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Cara-Cara Edit Green Screen Guna Aplikasi Telefon Pintar

6 Aplikasi Online Meeting Selain Google Meet Yang Anda Boleh Guna Sepanjang PKP