Sehingga ke hari ini, pasti ramai pengguna internet cukup ingat akan gambar wallpaper yang memaparkan pemandangan bukit yang meghijau bersama langit dan awan yang serba indah yang digunakan untuk sistem operasi Windows XP. Gambar ikonik ini bagaimanapun sering dianggap hanyalah hasil suntingan sahaja.

Menurut PC World, gambar ikonik yang diberi nama ‘Bliss’ ini sebenarnya telah diambil oleh oleh jurugambar yang dikenali sebagai Charles O’Rear pada tahun 1998 di California. Kisah sebenar gambar ini bermula apabila O’Rear pada ketika itu sedang memandu dalam perjalanan untuk ke Marin Country.

Sumber Gambar: Newegg.com

Sewaktu sedang memandu, beliau tiba-tiba ternampak kawasan tersebut lalu lantas memberhentikan kereta di tepi jalan untuk mengambil gambar ikonik bukit menghijau tersebut.

Difahamkan sebanyak empat keping gambar kawasan bukit berkenaan telah diambil olehnya kemudian dimuat naik gambar itu pada laman web Corbis untuk dijual lesen penggunaannya.

Selepas beberapa tahun kemudian, tuah menyebelahi beliau apabila gambarnya itu berjaya menarik minat pihak Microsoft yang mahu menjadikan ia sebagai penghias skrin Windows XP. Pihak Microsoft telah pun menghubungi O’Rear untuk membeli hakcipta gambar bukit berkenaan.

Sumber Gambar: Twitter

Walaupun jurugambar berkenaan telah menjual hak cipta kepada pihak Microsoft selepas itu, masih belum didedahkan kepada umum jumlah sebenar yang dibayar tetapi dikatakan nilainya sangat lumayan.

Gambar yang dianggap sebagai palsu atau telah disunting ini juga telah diperjelaskan oleh beliau bahawa kesemua aspek di dalam gambar termasuklah bukit, awan, langit biru dan rumput hijau ini memang asli seperti waktu kejadian. Cuma pihak Microsoft hanya menghijaukan sedikit pada bahagian bukit dalam gambar yang dijadikan wallpaper pada Windows XP.

Buat anda yang memang memiliki gambar-gambar menarik, bolehlah mencuba nasib untuk menjualnya kepada syarikat terkemuka. Ditambah pula dengan kehadiran media sosial sekaligus boleh memudahkan hasil gambar anda untuk dilihat oleh sejumlah syarikat terkemuka.

Sebelum ini juga, sebuah gambar mata lelaki tempatan telah berjaya tersenarai dalam akaun Instagram rasmi Apple.

Gambar Mata Lelaki Tempatan Ini Berjaya Tersenarai Dalam Instagram Apple

Unik Dan Kreatif, Gambar Lelaki Ini Di Pahang Berjaya Tersenarai Di Instagram Apple

Rakaman ‘Slow-mo’ Air Terjun Di Pahang Pula Jadi Pilihan Instagram Apple