Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat syarikat pengeluar telefon pintar bukan sahaja bersaing mengeluarkan telefon pintar flagship terbaik, malah berlumba-lumba dalam menghasilkan telefon pintar kelas pertengahan mampu milik dalam memenuhi citarasa pengguna.

Antara model yang dilancarkan pada tahun ini serta bersaing dalam kategori ini terdiri daripada Xiaomi Redmi Note 10, Samsung Galaxy A32, POCO M3 Pro 5G dan Oppo A74.

Bagi mengetahui lebih lanjut kemampuan Oppo A74 dalam menawarkan yang terbaik bagi pengguna yang mahukan telefon pintar mampu milik, kami pada kali ini telah memilih untuk membuat review penuh mengenai model yang hadir dengan ciri flagship ini.

Skrin dan rekaan

Oppo A74

Oppo A74 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.43-inci beserta paparan AMOLED FHD+. Paparan merangkumi 84.3% bahagian hadapan beserta kamera kecil pada bahagian atas skrin sesekali tidak mengganggu penggunaan model ini.

Perkara yang paling membuatkan kami berminat dengan model ini adalah rekaannya yang nipis dan tampak premium membuatkan Oppo A74 sangat selesa untuk dipegang dalam tempoh yang panjang berbanding model telefon pintar flagship yang lain di pasaran.

IMG_3242

Penawaran warna biru yang glossy pada bahagian belakang membuatkan model ini tampil unik serta menyerlah berbanding kebanyakan model telefon pintar. Selain itu, model ini turut hadir dengan warna hitam yang turut diberi kemasann glossy.

Prestasi

IMG_3233

Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 662 beserta RAM 6GB dan dikuasakan oleh Android 11. Ruang storan yang ditawarkan pula adalah sebesar 128GB.

Untuk pengetahuan, model ini hadir dengan dua model berbeza iaitu Oppo A74 dan Oppo A74 5G. Masing-masing hadir dengan processor yang sedikit berbeza dan seperti namanya, Oppo A74 5G dilengkapi dengan rangkaian internet 5G. Rekaan bagi model ini juga turut dikongsi bersama model OnePlus Nord 10 5G.

Berdasarkan penggunaan, kami dapati terdapat situasi di mana prestasi model ini beraksi sedikit perlahan sewaktu mengakses beberapa aplikasi. Walau bagaimanapun, masalah prestasi yang berlaku tidaklah begitu ketara.

Sekiranya anda sekadar menggunakan telefon pintar untuk menjalankan kerja seharian melibatkan aplikasi permesejan atau media sosial, Oppo A74 sememangnya tidak akan menawarkan sebarang masalah besar. Dalam pada itu, sekiranya penggunaan anda menjurus kepada multitasking, mungkin model ini memerlukan sedikit masa untuk menyempurnakannya.

Penawaran bateri berkapasiti 5,000mAh pada model yang nipis ini sememangnya memanfaatkan pengguna dalam menawarkan jangka hayat bateri yang panjang. Sepanjang penggunaan, model ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk penggunaan seharian dalam satu pengecasan penuh.

Pengguna juga turut dibekalkan dengan pengecasan bersama yang disokong oleh SuperVOOC 2.0 membolehkan pengguna mengecas model ini daripada 0% kepada 54% dalam tempoh 30 minit sahaja. Menarik bukan?

Kamera

Oppo A74

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan tiga kamera pada bahagian belakang di mana kamera utama hadir dengan sensor 48-megapixel beserta fungsi AI. Selain itu terdapat macro camera dan depth camera di mana masing-masing dilengkapkan dengan sensor 2-megapixel.

Gambar yang dihasilkan pada model ini agak memuaskan pada beberapa situasi namun kurang berjaya menawarkan imej dengan warna yang dinamik atau vibrant. Berikut merupakan antara hasil yang diambil menggunakan Oppo A74.

IMG20210716080107

IMG20210716081831

IMG20210716080755

IMG20210716074759

Adakah Oppo A74 berbaloi?

Oppo A74

Oppo A74 bagi model dengan rangkaian 4G ditawarkan secara rasmi pada harga RM899 manakala Oppo A74 5G hadir dengan harga RM1,099. Sebuah harga yang pada kami sangat berbaloi berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Sebagai perbandingan, model ini bersaing bersama Samsung Galaxy A32 dan Xiaomi Redmi Note 10 di mana model ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Rekaannya yang memukau dan selesa untuk digunakan antara yang menjadi kekuatan bagi model ini.

Sekiranya anda tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar serta mahukan model yang tampak seperti model premium, Oppo A74 antara yang boleh pertimbangkan. Menerusi carian kami di Shopee, model ini sedia didapatkan secara rasmi di laman Shopee Oppo dengan harga serendah RM797 sahaja.

Ikuti juga review salah satu model pesaing bagi model Oppo A32 iaitu Samsung Galaxy A32.

Samsung Galaxy A32, Telefon Pintar Mampu Milik Melengkapi Kesemua Ciri Asas Pengguna

OnePlus Mengaku ‘Terpaksa’ Kurangkan Prestasi Demi Penjimatan Bateri

Cip Snapdragon 895 Terbaru Daripada Qualcomm Dijangka Bakal Ditawarkan Pada Akhir Tahun 2021