Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat lambakan model komputer riba telah dilancarkan daripada pelbagai jenama di mana masing-masing mahu menghasilkan komputer riba yang berspesifikasi tinggi bagi memenuhi citarasa pengguna.

ASUS juga nampaknya tidak ketinggalan dan pada kali ini jenama ini tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menawarkan sebuah model yang cukup unik menerusi model ASUS Vivobook 13 Slate OLED.

Menggunakan tagline ‘Your PC, Your OLED TV’, model ini komputer riba ini hadir dengan skrin 13-inci dan dikuasakan oleh processor Intel quad core sehingga 3.3Ghz. Selain itu, ASUS Vivobook 13 Slate OLED turut dilengkapkan dengan RAM 8GB dan ruang storan SSD 256GB.

Menariknya mengenai model ini adalah para pengguna berpeluang menjadikannya sebagai komputer riba mahupun sebuah tablet. Saiznya yang ideal dan ringan turut pastinya membuatkan anda menjadikan pilihan untuk menonton Netflix atau bermain game.

Turut ditawarkan bersama adalah ASUS Pen 2.0 yang membantu pengguna dalam menulis nota secara terus pada model ini. Bukan itu sahaja, model ini turut disokong oleh ASUS Quick Charge yang membolehkan model ini dicas daripada 0%-60% dalam tempoh 39 minit sahaja.

Penawaran kamera 13-megapixel pada bahagian belakang serta 5-megapixel pada bahagian hadapan turut membantu pengguna sewaktu menggunakan aplikasi Zoom, Google Meet dan sebagainya.

Model ini dikhaskan buat pengguna yang kerap berada di luar rumah serta mahukan sebuah peranti yang memenuhi segala keperluan. Setakat ini, pihak ASUS Malaysia masih belum berkongsi bilakah tarikh pelancarannya serta harga yang bakal ditawarkan. Melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, pasti ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan model serba lengkap ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai komputer riba edisi terhad keluaran ASUS hasil kolaborasi bersama Alan Walker yang hadir dengan pelbagai ciri unik.

ASUS Lancarkan Komputer Riba ROG Zephyrus G14 Edisi Alan Walker Secara Rasmi

Asus ROG Phone 5s Dan 5s Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM4,552