Sekiranya anda mengikuti perkembangan teknologi semasa, pastinya anda cukup tahu di mana kini pelbagai jenama berlumba-lumba dalam menawarkan model komputer riba terbaru. Buat anda yang mencari komputer riba, sudah pastinya hal ini sekaligus bakal menyukarkan anda untuk membuat pilihan.

Peranti yang versatil, bergaya, nipis dan ringan serta releven untuk digunakan untuk tempoh kegunaan yang panjang sudah pastinya menjadi idaman bagi setiap pembeli dalam mendapatkan sesebuah komputer.

Isu yang berlaku kepada sejumlah besar individu ini sekaligus memberi idea buat ASUS dalam menawarkan sebuah komputer riba yang diidamkan pengguna. Kata orang, tidak sebuah peranti itu sempurna namun ASUS berjaya menawarkan sebuah model komputer riba hampir sempurna serta versatil.

Model yang kami maksudkan adalah ASUS Zenbook 17 Fold OLED. Mengapa kami label model ini sebagai model hampir sempurna? Ayuh kita ketahui lebih lanjut mengenai model terbaru ASUS ini.

Model komputer riba yang unik dan versatil

Sejak kali pertama kami mengetahui mengenai model ini, kami tidak menyangka bagaimana sebuah komputer riba mampu tampil dengan rekaan serta fungsi yang unik serta versatil. Hal ini kerana pasaran komputer riba sejak beberapa tahun ini dilihat kurang mempunyai inovasi sehingga kami melihat model ini.

Ciri utama yang jelas serta menarik perhatian ramai mengenai model ini sudah pastinya rekaannya membolehkan pengguna melipat skrin kepada dua bahagian serta terus menggunakannya bagi tujuan yang berbeza.

Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan kami teruja dengan model ini adalah penawaran beberapa mode berbeza daripada pengguna berpeluang memilih ASUS Zenbook 17 Fold OLED ini digunakan sebagai komputer riba, desktop, tablet, reader dan extended.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang menggunakannya di rumah sebagai desktop, serta meneruskan tugas di merata-rata tempat sebagai komputer riba dan juga menyemak atau melihat data-data yang disimpan menerusi mode tablet. Serius cool!

Mudah dibawa kemana-mana

Hadir dengan pelbagai fungsi unik serta boleh dilipat pastinya memberi kelebihan untuk pengguna menjalankan tugas tanpa mengira tempat. Penawaran skrin 17.3-inci beserta berat serendah 1.7kg sahaja sememangnya bakal menjadi peranti impian khususnya buat golongan bekerja secara on the go atau mereka yang kerap menonton filem.

Magnetic keyboard yang turut ditawarkan bersama

Meskipun hadir dengan fungsi lipat, anda juga dapat manfaatkan sepenuhnya skrin menerusi paparan penuh untuk membuat kerja dengan menyambungnya bersama magnetic keyboard. Kami yakin produktiviti anda pasti akan lebih meningkat sekaligus memudahkan tugas untuk diselesaikan.

Paparan OLED yang memukau

Komputer riba yang mampu digunakan sebagai tablet mungkin sesuatu yang kerap kita lihat pad model lain. Namun, komputer riba yang hadir dengan mode berbeza serta boleh dilipat mungkin sesuatu yang unik. Tidak hairanlah ASUS Zenbook 17 Fold OLED berjaya dinobatkan sebagai komputer riba OLED pertama dunia yang boleh dilipat.

Mengulas mengenai skrin dan paparan, model ini dilengkapkan dengan skrin 17.3 Foldable OLED dan boleh dilipat dengan memaparkan skrin 12.5-inci. Skrin yang ditawarkan jelas membuat kami teruja dan terpukau. Fungsi skrin boleh lipat yang ditawarkan jelas membuatkan ini model ini berada di kelas yang tersendiri.

Dikuasakan oleh processor Intel® Core™ i7

Tidak hanya memfokuskan kepada rekaan dan skrin semata-mata, model ini turut dikuasakan oleh processor Intel® Core™ i7-1250U, 16GB RAM dan 1TB SSD dalam menawarkan prestasi yang terbaik sekaligus membolehkan pengguna multitasking tanpa sebarang masalah.

Oh ya, khusus buat anda kerap menggunakan kamera bagi tujuan menyertai meeting dan sebagainya, model ini mungkin antara yang wajar dijadikan pilihan kerana turut dilengkapkan dengan webcam 5-megapixel beserta 3DNR yang sekaligus menjadi kualiti video yang jelas dan terang sewaktu digunakan.

Pihak ASUS juga turut menyertakan ASUS Mini Dock Plus dalam membolehkan sambungan kepada mana-mana port dengan mudah.

Harga

Mengulas mengenai harga, ASUS Zenbook 17 Fold sedia ditawarkan pada harga RM14,999. Berdasarkan harga, jelas maklum model ini hadir dengan tanda harga yang premium.

Dalam pada itu, melihat kepada fungsi, keunikan serta versatiliti yang ditawarkan, ASUS Zenbook 17 Fold mungkin pilihan yang berbaloi buat anda yang mahukan sebuah peranti 17-inci yang serba lengkap serta merangkumi pelbagai mode dalam memenuhi keperluan seharian.

Dalam erti kata lain, anda tidak memerlukan pelbagai peranti untuk digunakan atau dibawa bersama setiap kali mahu menggunakannya. Selain itu, spesifikasi yang ditawarkan termasuk penggunaan processor Intel® Core™ i7-1250U sekaligus memastikan peranti ini sedia untuk digunakan secara on the go serta bebas daripada masalah lagging sepanjang penggunaan termasuk sewaktu multitasking.

Khas buat anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai ASUS Zenbook 17 Fold OLED, anda boleh mendapatkannya secara rasmi menerusi laman rasmi ASUS.