Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung bermula dari tahun lalu, dapat dilihat orang ramai semakin selesa untuk berada di rumah sambil bekerja dan berhibur menggunakan gadget.

Hal ini membuatkan orang ramai yang bekerja terpaksa meluangkan masa yang panjang di hadapan skrin semata-mata untuk melengkapkan tugasan harian.

Situasi yang sama turut terjadi kepada para pelajar yang menjalani Pembelajaran di Rumah (PdPR) di mana mereka terpaksa menghadap skrin sehingga berjam-jam untuk mengikuti silibus yang ditetapkan hampir setiap hari.

Oleh yang dimikian, adalah dinasihatkan agar mereka yang kerap menghadap skrin dalam tempoh yang panjang untuk beralih kepada komputer riba yang menggunakan paparan organic light emitting diode atau lebih dikenali sebagai paparan OLED. Berikut merupakan 5 sebab komputer riba OLED wajar dijadikan pilihan.

1. Menawarkan warna yang lebih menonjol

Sumber: Gadgets middle east

Menonton Paparan OLED sememangnya membawa pengalaman yang berbanding paparan LCD. Paparan OLED menawarkan warna yang lebih banyak dan pastinya lebih menonjol.

Perkara ini pastinya membuatkan pengalaman penggunaan komputer riba dengan paparan OLED lebih menarik dan mengujakan.

2. True black

Pernahkah anda menonton sebuah visual berwarna hitam pada skrin dan kelihatan agak kelabu di mana warna hitam tidak begitu menonjol? Situasi tersebut nyata tidak berlaku pada paparan OLED yang mampu menawarkan kualiti warna yang lebih tepat beserta visual warna hitam yang lebih jelas.

3. Menawarkan warna yang tepat

Sumber: techbroll

Sekiranya anda bekerja dalam bidang editing atau mahukan visual yang jelas dalam setiap gambar yang ditonton, paparan OLED adalah jawapannya. Hal ini kerana paparan OLED berjaya menawarkan warna yang lebih jelas dan terang beserta seleksi warna yang lebih tinggi berbanding paparan LCD.

4. Menawarkan response time yang pantas

Khusus buat mereka yang turut menonton dengan frame rate yang tinggi atau kerap bermain game, response time yang pantas pastinya anda yang didambakan. Visual yang terpapar pada komputer riba yang menawarkan OLED ini pastinya akan kelihatan lebih smooth dan jelas.

5. Mengelak daripada mata menjadi letih

Eye-Strain-1200×807

Untuk pengetahuan, cahaya lampu biru daripada skrin antara punca utama yang membuatkan seseorang yang kerap menonton skrin dalam tempoh yang panjang mengalami masalah mata yang letih.

Hal ini dapat dilihat buat mereka yang menggunakan komputer riba atau skrin telefon pintar dalam tempoh yang panjang sama ada untuk membuat kerja mahupun menjalani PdPR.

Sekiranya masalah ini berlarutan dalam jangka masa yang panjang, pastinya ia akan memberi kesan yang lebih negatif buat kehidupan anda khususnya buat mereka yang melihat skrin komputer setiap hari.

3) Blue-light reduction for eye care

Sebagai usaha untuk mengurangkan masalah mata menjadi letih dan pedih, penggunaan teknologi paparan organic light emitting diode (OLED) antara yang disyorkan.

Menggunakan gadget dengan paparan OLED bukan sahaja mampu menghindari mata anda daripada masalah mudah letih dan pedih, malah paparan OLED terbukti mampu mengurangkan sebanyak 70% penawaran cahaya biru. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau mengenai keadaan mata anak yang menjalani PdPR dalam tempoh yang panjang.

Meskipun tidak menggunakan menawarkan cahaya biru yang tinggi, paparan OLED daripada ASUS dilihat mampu menawarkan paparan yang jelas serta menghasilkan warna yang terang yang pastinya memberi kepuasan buat para pengguna.

Pilihan terbaik dengan paparan OLED

Mengulas mengenai model atau komputer riba yang menggunakan paparan OLED, kami berminat dengan dua model daripada ASUS iaitu Zenbook 13 OLED UX325 dan Zenbook Flip 13 OLED UX363.

Untuk pengetahuan, model ASUS Zenbook 13 OLED UX325 merupkaan model komputer riba 13-inci paling ringan dalam pasaran manakala Zenbook Flip 13 OLED UX363 merupakan komputer riba 13-inci boleh lipat ternipis di dunia. Dalam erti kata lain, membawa bersama komputer riba ini kemana-mana sahaja bersama anda pastinya bukan lagi masalah.

Seperkara lagi yang menarik perhatian kami, dua model yang nipis ini turut menawarkan ketahanan bateri melebihi 13 jam penggunaan untuk satu pengecasan penuh. Lebih menarik, pengguna hanya memerlukan 49 minit untuk mengecas model ini daripada 0-60%

Rekaan penuh gaya beserta spesifikasi serba lengkap

ASUS Zenbook Flip 13 OLED UX363 ini hadir dengan ketebalan 13.9mm dan seberat 1.14kg sahaja. Model ini dilengkapi dengan processor Intel Core-i5 generasi kesebelas, 8GB RAM, 512GB SSD beserta sokongan grafik Intel Iris X.

Penawaran skrin jenis touchscreen beserta stylus membolehkan anda melakukan tugas harian dengan mudah. Mahu jadikan komputer riba beroperasi bagai sebuah tablet? Tidak ada masalah kerana model ini ditawarkan dengan 360° ErgoLift hinge membolehkan anda memusing skrin model ini mengikut keselasaan anda.

Harga

Mengulas dari segi harga, ASUS Zenbook 13 OLED UX325 dan Zenbook Flip 13 OLED UX363 masing-masing ditawarkan denganh harga bermula daripada RM3,999 dan RM4,699.

Sebuah pelaburan yang berbaloi melihatkan kepada spesifikasi serta paparan OLED yang ditawarkan dalam memastikan mata pengguna sentiasa terjaga dalam meningkatkan produktiviti harian.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer riba ASUS OLED, anda boleh layari laman komputer riba ASUS OLED dengan klik di sini.

Bulan lalu menyaksikan ASUS melancarkan komputer riba ROG Zephyrus G14 edisi Alan Walker secara rasmi buat pasaran Malaysia.

ASUS Lancarkan Komputer Riba ROG Zephyrus G14 Edisi Alan Walker Secara Rasmi

Asus ROG Phone 5s Dan 5s Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM4,552