Sudah menjadi lumrah buat orang ramai dalam mendapatkan komputer riba di mana model yang mampu milik dan berspesifikasi tinggi antara yang menjadi pilihan.

Hal ini kerana kebanyakan pengguna mahukan pilihan model yang berbaloi serta mampu menawarkan apa yang diperlukan pengguna dengan smooth serta mejimatkan poket dan masa pengguna. Lebih-lebih lagi buat golongan generasi-Z atau gen-Z di mana mereka ini lahir di mana dunia gadget sentiasa berkembang.

Melihatkan kepada permintaan tinggi daripada golongan ini, ASUS nampaknya tampil dengan inisiatif dalam menghasilkan sebuah komputer riba yang boleh dilabel sebagai all rounder, premium dan juga mampu milik . Berikut merupakan lima sebab utama mengapa ASUS Vivobook 15X OLED menjadi pilihan kami dan juga sudah tentunya majoriti pengguna muda pada ketika ini.

1. Skrin fleksibel dengan paparan OLED

Sebut mengenai komputer riba, sudah pastinya skrin antara yang menjadi aspek utama khususnya buat para editor yang mahukan paparan OLED yang jelas, terang dan berkualiti tinggi dalam menjalankan tugas seharian dengan penuh produktif.

Bersesuaian dengan tahun 2022, paparan yang beresolusi tinggi antara yang didambakan pengguna. Hal ini dapat memudahkan tugas pengguna untuk menghasilkan konten kreatif, bermain game mahupun menyunting gambar atau video.

Selain itu refresh rate yang tinggi juga turut memain peranan penting dalam memberikan hiburan buat para pengguna dengan menyajikan pergerakan yang lebih lancar buat pengguna yang gemar menonton video atau bermain game.

ASUS Vivobook 15X OLED berjaya menawarkan kedua-dua di mana model ini dilengkapkan dengan resolusi 2.8K OLED dan juga refresh rate sehingga 120Hz. Oh ya, bukan sahaja menawarkan skrin yang jelas, para pengguna juga turut boleh melaraskan skrin ASUS Vivobook 15X OLED mengikut pilihan sehingga 180°.

2. Rekaan yang moden sesuai dengan penggayaan Gen-Z

Seperti yang dapat dilihat, pengguna kini sememangnya mementingkan fleksibiliti dan portability. Hal ini, sangat membantu dalam menawarkan pengguna sebuah peranti yang mudah untuk dibawa dan juga diakses.

Model ASUS Vivobook 15X OLED sekali lagi berjaya memenuhi kriteria ini apabila berjaya ditawarkan pada berat serendah 1.7kg sahaja. Sudah tentu berat di bawah 2kg ini bakal meringankan beban pengguna khususnya di kalangan pelajar mahupun golongan bekerja dalam membawa model ini sepanjang hari serta menjalankan tugas tanpa mengira tempat.

3. Suntingan dan bermain game bukan lagi halangan

Dikhususkan buat anak muda dan pelajar, sudah pastinya model ini sedia menawarkan spesifikasi optimum buat penggunanya. Menerusi model ASUS Vivobook 15X OLED, komputer riba ini dilengkapkan dengan penggunaan processor AMD Ryzen 7 5800H mengikut pilihan spesifikasi.

Selain itu, model ini turut dibantu oleh sokongan RAM sehingga 8GB tetapi boleh ditingkatkan kapasiti RAM menerusi slot SO-DIMM manakala storan yang ditawarkan pula adalah sehingga 512GB SSD. Pastinya dia lagi masalah lagging atau storan penuh sewaktu menggunakan model ini sewaktu membuat suntingan gambar atau video.

4. Sokongan pengecasan pantas 90W

Bersesuaian dengan saiz yang cuma seberat 1.7kg, tidak lengkap rasanya jika model ini tidak menawarkan sokongan pengecasan pantas. Menariknya, model ini berjaya ditawarkan dengan pengecasan sehingga 90W.

Dalam erti kata lain, pengguna hanya perlu mengecas dalam waktu yang singkat untuk penggunaan yang panjang. Serius menarik buat anda yang mementingkan masa serta produktiviti.

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapkan dengan pengimbas cap jari yang membantu dalam meningkatkan sekuriti komputer riba dan juga membolehkan model ini dapat unlock dengan mudah.

5. Harga mampu milik bersesuaian dengan budget pelajar

Melihat kepada peningkatan harga komponen serta model barangan melibatkan PC dan komputer riba, pastinya agak sukar buat para pengguna dalam mendapatkan sebuah komputer riba yang serba lengkap namun masih mengekalkan tanda harga yang berbaloi untuk didapatkan.

Menerusi model ASUS Vivobook 15X OLED, model ini sedia ditawarkan pada harga bermula daripada RM3,299 bagi varian processor AMD Ryzen 5 dan RM3,699 bagi varian processor AMD Ryzen 7 mengikut spesifikasi. Harga mampu milik yang ditawarkan pastinya membolehkan anak muda khususnya para pelajar atau mereka baru mulakan kerja mampu dapatkannya.

Buat anda yang merupakan seorang pelajar, baru bekerja atau mahu mendapatkan komputer riba yang berbaloi buat kenalan anda, mungkin model ASUS Vivobook 15X OLED antara yang wajar dijadikan pilihan. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dengan klik di sini.

Ikuti juga dua model terbaru ASUS ROG yang bukan sahaja memfokuskan kepada gaming malah turut menawarkan sistem penyejukan yang optimum buat para pengguna.

Fokuskan Gaming Dan Sistem Penyejukan, ASUS ROG Lancarkan Dua Komputer Riba Terbaru

ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition, Laptop Rekaan ‘Angkasa’ Yang Tahan Lasak

4 Barisan Model Siri ASUS Zenbook Terbaru Yang Dilancarkan Bagi Memenuhi Keperluan Pengguna