IKEA yang merupakan pembekal utama perabot telah berkolaborasi bersama ASUS Republic Of Gamers dalam menawarkan pelbagai perabot yang berunsurkan gaming buat peminatnya.

Sebelum ini mereka telah memperlihatkan sebanyak 30 produk dalam kolaborasi kali ini di pasaran global. Dikatakan perabot kolaborasi dua jenama ini bakal ditawarkan di semua cawangan IKEA Malaysia bermula 11 November ini.

Penawaran perabot gaming ini bertujuan dalam memberi kebebasan kepada para gamerĀ mendapatkan perabot yang bersesuaian dengan citarasa mereka dalam mencipta setup permainan yang diidamkan.

Produk yang disenaraikan juga hadir dengan rekaan yang menarik pada harga mampu milik. IKEA bakal berkongsi maklumat lanjut lagi sebelum tarikh pelancaran menyusul.

Pada bulan Ogos lalu, ASUS juga sudah melancarkan komputer riba ROG Zephyrus G14 Edisi Alan Walker secara rasmi.

ASUS Lancarkan Komputer Riba ROG Zephyrus G14 Edisi Alan Walker Secara Rasmi

Asus ROG Phone 5s Dan 5s Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM4,552

Sumber