Sejak tahun lalu lagi, sudah terdapat spekulasi berkaitan kerjasama Xiaomi dan Leica selepas teknologi Leica tidak lagi digunakan pada peranti Huawei. Namun, ia masih menjadi tanda tanya kerana tiada peranti Xiaomi yang menggunakan teknologi kamera daripada syarikat Leica.

Terkini, perkara ini sudah pun menjadi kenyataan yang mana Xiaomi secara rasmi telah melakukan perjanjian untuk jangka masa panjang bersama Leica. Setakat ini, masih belum dapat pengesahan sama ada hanya barisan Xiaomi secara eksklusif yang sedia menggunakan teknologi Leica tersebut atau turut disertakan pada barisan Redmi.

Sumber Gambar: 9to5google

Apa yang pasti, peranti pertama Xiaomi dengan kamera Leica akan dilancarkan pada bulan Julai akan datang. Difahamkan kerjasama ini dibuat adalah untuk gabungan rekaan optikal dan inovasi teknologi. Malah, kerjasama ini juga dilihat bakal membawakan pembaharuan yang baik untuk meningkatkan lagi kemampuan kamera yang sedia ada.

Jangkaaan awal model Xiaomi 12 Ultra bakal dilengkapi teknologi Leica pada kamera serta dijana dengan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 1+. Sama-sama kita nantikan model Xiaomi baharu hasil kolaborasi bersama Leica yang bakal dilancarkan pada bulan Julai ini.

Selain itu, Bill Gates baru-baru ini telah mendedahkan bahawa kini menggunakan Samsung Galaxy Z Fold3 sebagai peranti hariannya.

Bill Gates Pilih Guna Samsung Galaxy Fold3 Berbanding Microsoft Surface Duo 2

Ekoran Isu Kekurangan Cip Global, Kini Samsung Bakal Meningkatkan Harga Cip Sebanyak 20%