Pengasas Microsoft iaitu Bill Gates baru-baru ini telah menyertai sesi soal jawab di laman Reddit dan pelbagai soalan yang diutarakan oleh pengguna internet. Antara soalan yang menarik perhatian adalah untuk mengetahui peranti yang digunakan oleh beliau dalam kehidupan seharian.

Menerusi sesi Reddit AMA, Gates telah mengatakan bahawa beliau kini sedang menggunakan sebuah peranti skrin boleh-lipat Samsung yang dikenali sebagai Galaxy Z Fold3. Pemilihan model ini sebagai kegunaan seharian adalah disebabkan kemudahan ia berfungsi sebagai PC mudah alih dan tidak perlu bergantung kepada peranti lain.

Sumber Gambar: Review Geek

Malah, perkara ini sangat menarik kerana syarikat Microsoft sendiri juga mempunyai peranti seumpama itu yang digelar Surface Duo 2 namun tidak menjadi pilihannya. Hal ini mungkin disebabkan penawaran teknologi serta perisian yang sudah bagus menerusi barisan Galaxy Z Fold membuatkan ia menjadi pilihan bilionair berkenaan.

Bagaimanapun, penggunaan peranti Samsung bukanlah perkara mengejutkan kerana Microsoft sendiri sudah banyak berkolaborasi dengan syarikat gergasi Korea tersebut untuk menjadikan perisian berjalan lancar pada peranti-peranti yang dikeluarkan.

Sebelum ini juga, Bill Gates telah mengatakan tidak berminat membuat pelaburan pada kriptowang kerana ia hanyalah ‘hype’ semata-mata.

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

Siri iPhone 13 Berjaya Muncul Sebagai Telefon Terlaris Dunia Pada Suku Pertama 2022

Sumber