Sehingga ke hari ini, isu kekurangan cip di peringkat global menjadi kebimbangan banyak pihak kerana ia bakal mendorong kepada peningkatan harga pengeluaran dan juga jualan ketika ini. Sebelum ini, syarikat pengeluar cip TSMC juga sudah pun meningkatkan harga kos bahan dan pembuatan komponen tersebut.

Menurut laporan Bloomberg, Samsung dijangka bakal meningkatkan kos pengilangan cip pemprosesan sebanyak 20%. Malah, dilaporkan ketidakstabilan di peringkat global seperti kemelut Rusia-Ukraine, perintah berkurung COVID-19 di China dan juga peningkatan faedah dan inflasi di seluruh negara menjadi sebab kekurangan cip masih berlanjutan.

Sumber Gambar: Techradar

Samsung juga dikatakan telah berbincang dengan sejumlah pelanggan mereka mengenai kenaikan harga cip tersebut. Sama seperti TSMC, Samsung dilihat sedang menghadapi masalah permintaan yang melangkaui bekalan dan sedang mencari lokasi-lokasi baru untuk meningkatkan pengeluaran komponen semikonduktor  dan cip pemprosesan mereka.

Buat masa ini, Samsung Electronics masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya. Tetapi apa yang pasti langkah ini dijangka perlu diambil dalam memastikan keuntungan mereka tidak terbeban dengan kos bahan dan binaan yang semakin meningkat.

Sementara itu, Samsung juga dikatakan sedang dalam perbincangan bersama Apple kerana mahu menjadi pembekal utama cip M2 kelak.

Samsung Dilaporkan Dalam Perbincangan Bersama Apple Untuk Menjadi Pembekal Cip M2

Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Kamera Sensor Sebesar 200 Megapixel Buat Siri Galaxy S23