Di zaman serba moden ini, selain pelbagai urusan boleh dibuat seperti pindahan wang, bayar zakat fitrah secara online juga boleh dilakukan dengan mudah. Malah, pembayaran zakat secara online ini dilihat lebih selamat dan pantas kerana boleh dibuat secara terus di dalam aplikasi perbankan yang dipercayai.
Antara bank yang menyediakan khidmat bayaran zakat menggunakan aplikasi adalah Maybank. Malah, sudah tentu dengan kemudahan sebegini membolehkan anda membuat pembayaran walau di mana jua tanpa perlu pergi ke kaunter secara fizikal lagi. Mari kita pelajari cara bayar zakat fitrah secara online menerusi aplikasi MAE.
1. Pertama sekali, anda perlu log masuk ke aplikasi MAE terlebih dahulu. Anda boleh memuat turun secara percuma di Google Play Store atau App Store jika masih belum mempunyai aplikasi tersebut.
2. Kemudian, klik Pay bills pada bahagian Quick Actions.
3. Seterusnya, tekan pada bahagian Zakat.
4. Pada bahagian Zakat pula, anda perlu membuat pemilihan Badan Zakat dan Jenis Zakat. Pilih badan zakat mengikut negeri masing-masing dan pilih pula jenis zakat fitrah. Sudah selesai boleh teruskan dengan tekan pada Continue.
5. Selepas itu, pilih jenis beras yang digunakan oleh seisi keluarga anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.
6. Setelah itu, masukkan nombor telefon mudah alih anda dan lanjut semak butiran dan lafazkan niat yang tertera sebelum tekan Pay Now. Kini anda sudah selesai melaksanakan pembayaran zakat fitrah menerusi aplikasi MAE.
Untuk makluman, orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf sah dari segi hukum syariat. Kemudahan pembayaran zakat menerusi aplikasi juga dapat membantu mereka yang mempunyai kekangan masa yang terhad agar dapat melakukan kewajiban atau suruhan agama Islam.
Semoga dengan tutorial ini orang ramai boleh melaksanakan kewajiban agama terutamanya bagi mereka yang sudah layak dan berkemampuan. Selain mendapat ganjaran pahala yang besar, wang zakat boleh diagihkan secara meluas kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu, anda juga perlu mengetahui cara perbaharui lesen secara online menerusi laman MyEG yang mudah dan pantas.
Mudah Dan Pantas, Ini Cara Perbaharui Lesen Secara Online Menerusi Laman MyEG
Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online