Berbaki dua hari sahaja lagi sebelum tarikh 9 September di mana pelbagai laman e-dagang bakal melakukan promosi secara besar-besaran. Untuk memastikan pengalaman membeli-belah dengan lebih lancar pada tarikh tersebut, Maybank telah memaklumkan bahawa terdapat kerja penyelenggaraan sistem yang akan dilakukan pada sejumlah perkhidmatan utama.

Lanjutan daripada penyelenggaraan tersebut, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disenaraikan di bawah akan tergendala sementara waktu pada hari esok iaitu Rabu bermula jam 11.30 malam sehingga 11.59 malam.

Berikut antara perkhidmatan yang akan terjejas
  1. Maybank2u & pembayaran dalam talian
  2. Aplikasi Maybank Wealth
  3. Aplikasi MAE
  4. Aplikasi QRPay Biz
  5. Transaksi kad debit
  6. Pembayaran  FPX
  7. Mesin ATM
  8. Mesin deposit cek

Maka, anda disarankan untuk melakukan sebarang urusan perbankan yang berkait di atas sebelum gangguan berlaku. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak Maybank menerusi emel.

Anda boleh meneruskan bacaan pilihan artikel yang baru diterbitkan oleh kami untuk mengetahui informasi teknologi semasa.

Apple Watch Series 7 Dijangka Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Yang Terhad

Lelaki Ini Kongsi Beberapa Kaedah Alternatif Mudahkan Proses Check In Dan Check Out Pada MySejahtera

Sumber