Maybank sebelum ini sudah mengeluarkan notis yang memaklumkan pengguna mengenai perubahan terkini perkhidmatan perbankan dalam talian dan mudah alih yang ditawarkan menerusi Maybank2u.

Bermula hari ini, sebarang perubahan pada platform berkenaan memerlukan pengesahan menerusi Secure2u terlebih dahulu. Untuk makluman, Secure2u merupakan kaedah pengesahan yang menggunakan sama ada one-tap approval atau menerusi Secure TAC enam digit. Kaedah ini sudah pun digunakan untuk mengesahkan pelbagai transaksi pada Maybank2U atau aplikasi MAE.

Menurut Maybank, penambahan langkah keselamatan ini diperkenalkan bagi menjadikan platform perbankan dalam talian dan mudah alih Maybank2u lebih mudah dan dijamin selamat. Antara fungsi-fungsi yang memerlukan pengesahan Secure2u adalah seperti berikut:-

  • Pengeluaran tanpa kad
  • Interbank Fund Transfer (BFT)
  • Foreign Telegraphic Transfer (TFF)
  • Interbank GIRO (IBG)
  • Pendaftaran perkhidmatan DuitNow
  • Penandaan kegemaran transaksi pihak ketiga.

Sehubungan itu, pengguna yang masih belum mengaktfikan pengesahan Secure2u dinasihatkan untuk melakukan pengaktifan menerusi aplikasi Maybank2u ata MAE pada peranti mudah alih. Anda boleh tonton video tutorial pengaktifan dengan lebih jelas menerusi Youtube untuk aplikasi Maybank2u dan MAE.

Selain itu, HSBC kini muncul sebagai penyedia perkhidmatan kewangan global yang menawarkan utiliti dunia metaverse kepada pelanggannya.

HSBC Muncul Sebagai Penyedia Perkhidmatan Kewangan Global Pertama Sertai Dunia Metaverse

Coinbase Dilaporkan Bakal Menghasilkan Siri Filem Trilogi Interaktif BAYC