Baru-baru ini, pihak BAYC berjaya menerima suntikan dana sebanyak RM1.9 bilion dan merancang untuk membina empayar media di dalam NFT bermula dengan permainan dan projek metaversenya. Dengan pelbagai perancangan utiliti serba menarik ini, sudah pasti mendorong lebih banyak pihak untuk kolaborasi bersamanya.

Menerusi laporan terbaharu, platform kriptowang, Coinbase sedang menghasilkan siri filem trilogi yang menampilkan projek NFT iaitu Bored Ape Yacht Club (BAYC). Filem ini merangkumi tiga bahagian yang akan memberikan penghormatan kepada komuniti BAYC.

Sumber Gambar: Hypebeast

Filem pertama dalam trilogi animasi pendek bertajuk ‘The Degen Trilogy’ akan membuat kemunculan di NFT.YC pada bulan Jun ini. Difahamkan filem ini hanya boleh diakses secara digital menerusi Coinbase wallet. Menariknya, setiap pemegang BAYC boleh menyerahkan NFT mereka untuk diuji bakat bagi menjadi sebahagian watak di dalam filem itu.

Ini membuatkan ia lebih interaktif kerana karya digital NFT yang dimiliki boleh dilihat bergerak seperti watak animasi. Sementara buat mereka yang tidak memiliki NFT BAYC, anda masih boleh melawati laman Degen Trilogy yang membolehkan pengguna mendapat akses termasuklah mengundi watak BAYC yang diminati untuk hadir secara cameo.

Malah, Coinbase percaya dengan pembuatan filem interaktif dapat menjadi pemangkin kepada kefahaman dengan lebih dekat bagaimana dunia sebenar boleh berkolaborasi bersama dunia blockchain. Selain filem, dikhabarkan Universal Music juga telah membeli NFT BAYC untuk menubuhkan sebuah projek band maya mereka.

Sementara itu, anda boleh ketahui dengan lebih terperinci kelebihan utiliti memiliki karya NFT BAYC dengan klik pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsikan Kelebihan Memiliki Karya NFT BAYC Yang Kini Popular Di Pasaran

Unik Dan Kreatif, NFT Serum Mega Mutant Bored Ape Ini Dijual Pada Harga RM14.21 Juta